suria

Selepas isi minyak RM30, siram empat tayar kereta, bro ni dapat ‘percuma’ penyiram!

Tangkapan skrin video menunjukkan seorang lelaki menyiram tayar kereta menggunakan penyiram bunga yang disediakan oleh stesen minyak. Sumber Facebook We Are Malaysians

PEMILIK kenderaan yang mengisi petrol di stesen minyak pasti menyedari 'kehadiran' tong penyiram yang disediakan untuk pelbagai kegunaan.

Selain untuk mencuci bahagian tertentu kenderaan yang kotor, ia juga digunakan untuk menyiram minyak yang tertumpah atau melimpah gara-gara terkeluar dari tangki.

Bagaimanapun, seorang pemilik kenderaan yang mengisi petrol di sebuah stesen minyak menarik perhatian warganet menerusi rakaman video berdurasi 57 saat.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Dah kantoi curi, selamba tumbuk uncle jual roti... orang lain tengok saja – “Tolong ubah mentaliti”

ARTIKEL BERKAITAN: “Common sense tertukar dengan binatang mungkin”- Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, mana duitnya?

Video yang dikongsikan di halaman Facebook ‘We are Malaysians’ pada petang Jumaat menunjukkan seorang lelaki menyiram air pada keempat-empat tayar kereta semasa mengisi minyak, menggunakan penyiram yang disediakan.

Sebaik menyiram kesemua tayar, pemiliknya kemudian membuka but keretanya yang berwarna putih dan selamba menyimpannya seperti 'harta' sendiri.

Selepas mengisi petrol, lelaki itu kemudian beredar meninggalkan stesen minyak, bagaimanapun tidak dipastikan lokasi dan bila kejadian berlaku.

Lelaki tersebut membuka but kereta dan menyimpan penyiram bunga di dalamnya sebelum beredar.

“Tu pun nak rembat, balik rumah siram pokok bunga ye,” menurut keterangan pada perkongsian itu di Facebook.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menyifatkan tindakan lelaki itu mencuri tong penyiram sebagai sesuatu yang melucukan.

“Baru berapa harga tu, RM5 jelah berkira betul dia ni ni, itu pun mahu curi ke?" sindir seorang warganet.

Steady je rembat, tapi bikin malu keluarga hang,” komen yang lain.

“Dia ingat isi minyak penuh, percuma penyiram pokok bunga sekali ke?” soal seorang warganet.

Dia ingat isi minyak penuh, percuma penyiram pokok bunga sekali ke?

WARGANET

“Pam RM30, percuma penyiram bunga,” kata seorang pemuda secara berseloroh.

Bagaimanapun, komen seorang pengguna Facebook berhubung video itu ternyata berbeza dengan yang lain, tetapi ‘mendalam’ dengan nada sinis.

“Saya rasa mungkin dia lupa dan ingat barang itu dia punya,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain