“Lewat 30 minit je...” - Pelajar dapat ucapan tahniah sebab lambat masuk kelas, tabah berdepan sindiran ‘makan dalam’ pensyarah - Viral | mStar

“Lewat 30 minit je...” - Pelajar dapat ucapan tahniah sebab lambat masuk kelas, tabah berdepan sindiran ‘makan dalam’ pensyarah

Pensyarah subjek Cyber yang mesra dipanggil Sir Azraai gemar bergurau, membuatkan rata-rata pelajar senang dengannya.

MENJADI kebiasaan bagi penuntut di pusat pengajian tinggi mengalami kesukaran dalam membahagikan masa sehinggakan alasan lapuk 'terlewat bangun' untuk ke kelas sudah terlalu biasa didengari pensyarah.

Banyak terlibat dengan aktiviti kokurikulum, tugasan luar serta tanggungjawab persatuan atau kelab pastinya membuatkan para pelajar sukar menyusun jadual mereka dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik ‘pulas’ kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari ‘malang’... koridor asrama tiba-tiba sunyi

Tular satu posting yang dimuatnaik oleh seorang pelajar di laman Twitter miliknya pada Jumaat dengan kapsyen, 'Akibat datang lambat lagi,' mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 18,500 ulang kicau (Retweet) serta 13,100 suka (like).

Menerusi posting tersebut, satu video berdurasi 00:34 saat turut dimuatnaik, memaparkan seorang pensyarah 'mengusik' dua pelajarnya dengan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya hadir ke kelas.

Posting yang dimuat naik oleh rakan Hafizi tular di laman Twitter.

"Assalamualaikum, beri tepukan kerana dia berjaya datang. Matrik (nombor) awak saya ada kat sini, Farish Aiman ada... Muhd Hafizi ada... Okay itu sahaja kelas hari ini," kata pensyarah itu selepas mengambil kedatangan kedua-dua mereka.

Muhd Hafizi Suhaimi, 19, berkata dia bersama seorang lagi rakannya sedikit lewat untuk menghadiri kelas bagi subjek Cyber yang diajar oleh pensyarah berkenaan pada pagi itu namun beliau menyindir mereka dengan memberi tepukan kerana berjaya hadir ke kelas.

Malah pensyarah yang dikenali sebagai Sir Azraai itu turut menamatkan kelas serta merta selepas kedua-dua mereka baru sahaja melabuhkan punggung di tempat masing-masing.

Lagipun kami datang untuk ambil kehadiran sebab silibus mata pelajaran pun dah habis. Tapi tulah, sampai-sampai je sir cakap macam tu 'tahniah sebab berjaya datang ke kelas' dan kelas pula dismissed awal. Sedangkan saya baru je sampai.

MUHD HAFIZI SUHAIMI

PELAJAR

Apa yang dilakukan Sir Azraai itu sekali gus membuatkan mereka berdua terpinga-pinga, apatah lagi ketika itu ia disertai dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain.

"Pagi tu saya datang lewat sikit, ikutkan kelas pukul 8 pagi tapi saya datang pukul 8.30 pagi. Lewat 30 minit je. Itupun sebab saya terlewat bangun tidur.

"Lagipun kami datang untuk ambil kehadiran sebab silibus mata pelajaran pun dah habis. Tapi tulah, sampai-sampai je sir cakap macam tu, 'tahniah sebab berjaya datang ke kelas' dan kelas pula dismissed awal. Sedangkan saya baru je sampai," katanya kepada mStar.

Menurut pelajar jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Muadzam Shah, Pahang itu, pada malam sebelumnya dia bersama rakan-rakan tidur lewat kerana mereka perlu menyiapkan tugasan projek tahun akhir yang tertangguh bagi subjek lain.

"Ini merupakan insiden pertama kali melibatkan saya dengan rakan. Sebelum ini ada juga Sir Azraai bergurau macam ni. Dulu ada seorang rakan kelas saya sir call sebab dia lewat datang kelas dan dia sempat juga bergurau," kongsi  anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Semenyih, Selangor itu.

Hafizi juga bersyukur kerana pensyarahnya itu seorang yang periang dan suka bergurau selain mudah didekati oleh para pelajarnya.

Tindakan pensyarah itu mencuit hati netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Sir Azraai apabila beliau mengusik kedua-dua pelajar itu. Malah terdapat juga individu yang turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka.

"Kat kelas saya pun jadi tau last year, saya dengan kawan yang lain baru nak masuk surau. Takdelah lambat mana tapi pelajar lelaki semua dah masuk kecuali perempuan. Saya masuk je, 'terima kasih ustazah'. Saya terkebil-kebil lambat sangat ke? Dan itu hanya prank setiap kali pelajar perempuan masuk dia akan cakap macam tu," kata seorang netizen.

pensyarah , prank , pelajar , lambat

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain