suria

“Dia try saiz dah ngam terus potong sensor” - Pencuri bertudung bersama pasangan mahir rembat barang, macam dah biasa buat

Rakaman CCTV yang tular di laman Twitter.

"PAKAIAN macam tu pun mencuri?" Demikian soal seorang netizen berhubung satu video tular di Twitter.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 58 saat itu, seorang wanita bertudung bersama seorang lagi lelaki dilihat mencuri sepasang kasut yang berharga lebih RM500 di sebuah pusat beli belah di utara tanah air.

Rakaman berkenaan pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 250,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jadi mangsa curi, tapi pensyarah tetap minta netizen tak kecam 'gadis itu

ARTIKEL BERKAITAN: 'Plan' tak menjadi! Suami tertinggal motosikal isteri selepas meragut, 'takut bini marah' tebal muka serah diri

Menurut pemilik posting itu, dia menerima rakaman berkenaan daripada kumpulan WhatsApp pada Isnin lalu.

"Itu kedai pakaian sukan dalam sebuah mall di Pulau Pinang. Kawan saya bekerja di kedai tu.

Paparan skrin posting berkenaan di Twitter.

"Katanya kasut yang dicuri berharga RM500 lebih. Tak pasti sama ada mereka pasangan suami isteri atau bukan.

"Mula-mula perempuan tu ambil kasut, tunjuk kat laki tu, bila dia try saiz dah ngam terus potong sensor. Kasut tu mereka simpan dalam beg," ujarnya yang hanya ingin dikenali sebagai Yed sewaktu dihubungi mStar.

Bagi saya jangan hakimi pakaian. Mungkin nak tutup aib, salah laku. Saya baca ada yang salahkan perempuan bertudung tu.

YED

Tambah pemuda berusia 22 tahun itu, dia yang menerima pelbagai komen di Twitter bagaimanapun enggan mengaitkan perlakuan berkenaan dengan gaya muslimah wanita itu.

Katanya, ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan agama dan mungkin sahaja wanita itu berpakaian sedemikian demi mengaburi identitinya.

"Bagi saya jangan hakimi pakaian. Mungkin nak tutup aib, salah laku. Saya baca ada yang salahkan perempuan bertudung tu.

"Ada juga yang salahkan si lelaki. Tapi saya tengok mereka bawa cutter untuk potong sensor tu, macam dah biasa buat kerja tu," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 6,700 ulang kicau (Retweet).

Antara komen netizen berhubung posting itu.

"Bertudung labuh untuk mengaburi je. Jangan percaya orang hanya dari pakaian. Akhlak nombor satu.

"Siap bawa cutter, memang niat dari rumah nak mencurilah, dah la berdiri bawah CCTV. Nak mencuri tak fikir habis-habis dulu.

"Kesian. Hanya muka wanitanya sahaja yang nampak. Mungkin dia hanya menurut arahan lelaki yang mungkin suaminya.

"Haih burukkan imej makcik-makcik," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain