Dulu malu jual goreng pisang sebab keluarga susah, sekarang remaja ini enggan tinggalkan dapur - “Mereka ada suruh saya masuk askar” - Viral | mStar

Dulu malu jual goreng pisang sebab keluarga susah, sekarang remaja ini enggan tinggalkan dapur - “Mereka ada suruh saya masuk askar”

Hakimi mahu meneruskan cita-cita bergelar chef. (Gambar kecil Hakimi dan ibunya.)

DILAHIRKAN dalam sebuah keluarga yang sederhana, remaja berusia 18 tahun ini tidak kekok untuk membantu ibunya menjual goreng pisang.

Mohamad Amirul Hakimi Abd Rahim boleh dikatakan seorang remaja matang dalam meniti hidupnya selepas kehilangan tempat bergantung apabila bapanya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dia berusia enam tahun.

Dibesarkan oleh ibunya Zaiton Abd Talib, 57, Amirul Hakimi yang mesra disapa Hakimi mengakui penat lelah dan kesabaran yang ditunjukkan insan yang disayanginya itu menjadikan dia membesar dengan matang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Balik jual baju, saya buat nasi lemak” - Ramai puji kegigihan 'owner' Nasi Lemak Gantung, tidur pun cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira"

Jelas Hakimi juga, dia bersyukur kerana dikelilingi kakak dan abang yang sentiasa menjadi tulang belakang ibu selepas kematian bapa.

"Saya mula membantu mak berniaga goreng pisang di tepi jalan pada usia 15 tahun. Mula-mula tu rasa segan juga, tetapi kawan-kawan sekolah selalu puji saya bagus kerana bantu keluarga.

Hakimi sudah mahir menggoreng pisang tanpa bantuan ibunya.

"Ketika itu saya tolong mak berniaga pada hujung minggu sahaja kerana bersekolah. Hari lain, kakak yang akan bantu mak," kata Hakimi mengenai gerai goreng pisang yang terletak di Sungai Limau, Kampung Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang kepada mStar.

Menurut Hakimi, keluarganya dulu hidup susah sehingga kakak dan abangnya terpaksa melakukan dua kerja dalam satu hari. Tetapi dia tetap bangga kerana walaupun sibuk dengan tugas masing-masing, mereka adik beradik tetap membantu ibu.

"Paling penting, lama-kelamaan perasaan malu berniaga di tepi jalan itu hilang dalam diri saya. Malah kawan-kawan juga turut datang lepak di gerai sekali gus menepis salah anggap saya kepada mereka," katanya.

Menurut Hakimi, keluarga ada mencadangkan supaya dia menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tamat sekolah tahun lepas.

Setakat ini paling yang saya tidak boleh lupa ialah pernah beli barang rumah dengan hasil titik peluh sendiri walaupun bukanlah jumlah yang besar.

MOHAMAD HAKIMI AMIRUL ABD RAHIM

"Mereka ada suruh saya masuk askar, tetapi saya minta tangguhkan dulu sebab nak kejar minat dalam masakan. Saya memang suka memasak.

"Jadi saya ambil sijil kursus di Pusat Latihan Giatmara. Alhamdullilah sekarang sudah tamat kursus. Saya ada memohon jawatan sebagai tukang masak di beberapa  hotel di sekitar Pulau Pinang.

"Masih belum ada jawapan lagi. Jadi sekarang saya teruskan kerja sementara di sebuah kilang, dalam masa sama tetap membantu keluarga.

"Ada juga keluarga saya menyuruh untuk sambung belajar lagi dalam bidang yang diminati, tetapi saya fikir baik kerja dulu, kumpul duit bantu keluarga.

Hakimi (kiri) bersama adik beradik dan ibunya (merah).

"Setakat ini paling yang saya tidak boleh lupa ialah pernah beli barang rumah dengan hasil titik peluh sendiri walaupun bukan dalam jumlah yang besar," katanya.

Sementara itu, Hakimi mengakui dia tidak menyesal kerana usia mudanya dihabiskan dengan kerja dan membantu keluarga.

"Bohonglah kalau saya kata tak teringin nak 'enjoy' tetapi tidak ada perasaan untuk lepak tak tentu hala macam orang lain.

"Saya lebih suka berehat di rumah kalau ada masa lapang. Kadang-kadang ada juga keluar berjalan dengan abang atau kawan-kawan.

Hakimi turut berkongsi kisah hidupnya di laman Twitter.

"Bagi saya, jangan sia-siakan usia muda ini. Banyak benda yang boleh saya buat. Mungkin nasib orang lain bukan seperti saya, tak lalui banyak kesusahan. Bagi saya semua ini pengalaman berguna buat saya. 

"Dan saya bersyukur juga rezeki keluarga saya sekarang agak lancar berkat doa dan usaha semua orang. Mak pun dah mulakan perniagaan kecil-kecilan menjual kuih sejuk beku seperti cucur badak, karipap dan sebagainya.

"Ramai yang bantu kami dengan membelinya," ujar Hakimi.

goreng pisang , malu , tolong , mak

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain