suria

Cadar siap berkedut, pemuda gelabah tengok anjing ‘baik punya lena’ di bilik kawan - “Saya bimbanglah, benda pelik-pelik selalu jadi kat dia”

Gambar anjing yang dihantar oleh Farique membuatkan Khuzairi terkejut.

CUAK! Begitulah perasaan seorang pemuda selepas melihat gambar seekor anjing sedang lena di atas katil di sebuah kolej kediaman yang dihantar kawannya menerusi aplikasi iMessage.

Tanpa berfikir panjang, pemuda tersebut, Mohamad Khuzairi Naiim turut mengarahkan kawannya itu supaya memanggil jawatankuasa pelajar kolej kediaman (JPKK) untuk membantu menghalau anjing berkenaan.

"Sebenarnya petang Selasa lalu kira-kira pukul 3.30 petang kawan hantar gambar anjing tu tapi masa tu saya tengah tidur. Bila bangun tengok gambar tu saya memang terkejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu rumah kecoh terima tetamu tak diundang, “Tiba-tiba bau busuk, bunyi ada sesuatu sedang mengunyah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta!

"Gaya dia mesej tu buat saya bimbanglah sebab benda pelik-pelik selalu jadi kat dia. Saya siap suruh dia samak (sertu) dan panggil JPKK semua," katanya ketika dihubungi mStar.


Antara chat Khuzairi dan kawannya, Farique.

Namun dalam masa sama pemuda berusia 21 tahun itu pelik apabila kawannya, Farique Soleh yang tinggal di sebuah kolej di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka tidak sedikit pun menunjukkan rasa cemas dengan situasi menimpanya.

"Dia hanya tanya dekat saya nak buat apa? Bila saya minta dia halau dia kata takkan nak halau... kesian kat anjing tu penat kot naik tangga.

"Saya pelik, seriuslah nak kesiankan anjing tu naik tangga. Saya pun tak fikir apa-apa dan minta dia maklumkan kepada roomate dia," katanya.

Saya tengok macam betul sebab anjing tu duduk atas cadar tilam siap ada kedut-kedut lagi.

MOHAMAD KHUZAIRI NAIIM

Selepas melihat keprihatinannya, Mohamad Khuzairi atau lebih mesra disapa Khuzairi berkata kawannya itu mendedahkan perkara sebenar berkenaan gambar itu.

"Bila dah lama chat tu barulah dia beritahu gambar tu hanyalah filter IG. Anjing tu sebenarnya dia edit.


Khuzairi (dua, kanan) dan Farique (kanan) bersahabat sejak tiga tahun lalu.

"Rupa-rupanya dia saja nak kenakan saya sebab dia tahu saya jenis cepat menggelabah. Lagipun dia memang suka bergurau dari dulu," katanya.

Khuzairi yang juga bekas penuntut UiTM kampus Rembau itu pada awalnya tidak menjangka gambar anjing itu disunting.

"Saya tengok macam betul sebab anjing tu duduk atas cadar tilam siap ada kedut-kedut lagi.

"Bila zoom elok-elok nampaklah dia edit, lagipun dia budak graphic designer. Tapi first tengok tu macam real. Kawan saya yang lain pun ingat anjing betul," katanya.

Menyifatkan kisah itu sebagai kelakar, Khuzairi berkongsi mesej kebimbangannya itu di Twitter.

Antara tweet berkenaan anjing sama yang turut dikongsi di posting Khuzairi.

Namun tanpa diduga, perkongsiannya itu menarik perhatian ramai sehingga mendapat 15,600 ulang kicau dan 8,300 tanda suka.

Rata-rata berkongsi gambar anjing sama di posting tersebut.

"Anjing yang sama masuk," kata Xanax.

"Maksudnya semalam pun aku tertipulah ni, punyalah semangat aku risaukan diorang," kata Nis.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
anjing, tilam, filter IG

Artikel Lain