Lahir pada Hari Malaysia, gadis hidang roti jala ‘bendera’ ganti kek – “Saya memang patriotik, sanggup turunkan berat badan sebab nak jadi polis” - Viral | mStar

Lahir pada Hari Malaysia, gadis hidang roti jala ‘bendera’ ganti kek – “Saya memang patriotik, sanggup turunkan berat badan sebab nak jadi polis”

Ku Nur Zawani (kanan) berkata, idea untuk membuat roti jala ‘bendera Malaysia’ timbul memandangkan hari lahirnya jatuh pada 16 September iaitu sambutan Hari Malaysia.

KEBIASAANNYA, sambutan hari ulangtahun kelahiran pasti akan diserikan dengan kek sebagai simbolik.

Namun berlainan pula dengan seorang gadis yang membuat kuih tradisional untuk dihidangkan kepada tetamu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ku Nur Zawani Ku Zambri berkata, idea untuk membuat roti jala muncul selepas dia melihat seorang pelayar Facebook membuat kuih tersebut dengan pelbagai warna.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain sibuk OOTD tapi pemuda ini selfie dengan sampah, siap tegur publik tak kira pangkat - “Kalau botol plastik ni bernilai, abang dah kaya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Diejek konon kahwin Orang Asli kena tinggal dalam hutan, panjat pokok petai... wanita ini tambat hati mentua dengan daun pijat 

Daripada situ katanya, timbul idea untuk membuat roti jala ‘bendera Malaysia’ memandangkan hari lahirnya jatuh pada 16 September iaitu sambutan Hari Malaysia.

“Ahli keluarga saya kurang gemar makan kek. Mereka lebih sukakan kuih, dan kebetulan, roti jala memang menjadi kuih tradisional kegemaran seisi keluarga terutama nenek.

“Buat roti jala semua orang boleh makan,” katanya sambil menambah, proses penyediaan roti jala itu dilakukannya sendirian dengan sedikit olahan resepi tradisi keluarga.

Gambar roti jala yang dikongsi Wani di Twitter mendapat ribuan 'like' dan diulang kicau ribuan kali. Gambar dari Twitter @nrwz 

Gambar roti jala bendera Malaysia yang dikongsinya di Twitter menjadi viral dan sehingga kini, ia diulang kicau (retweet) melebihi 3,000 kali.

Tambah gadis yang mesra disapa sebagai Wani ini, dia sendiri tidak menyangka gambar tersebut menjadi viral kerana dia sekadar berkongsi untuk tujuan suka-suka.

“Saya niat buat untuk ahli keluarga yang makan, jadi memang tak cantik. Tapi tak sangka orang retweet. Mungkin sebab nampak patriotik dan lain dari yang lain,” kata gadis berusia 22 tahun ini.

Kalau ikutkan, dulu nak jadi tentera tapi mak tak benarkan. Jadi saya pilih untuk jadi polis. Kenapa pilih polis walaupun belajar bidang lain, jawapannya kerana saya mahu mencurahkan khidmat bakti kepada negara

KU NUR ZAWANI KU ZAMBRI

Bercerita lebih lanjut, Wani yang juga seorang penuntut jurusan Pengajian Al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengakui dirinya memang seorang yang patriotik, malah pernah menjadi johan deklamasi puisi peringkat daerah ketika bersekolah dahulu.

Malah, Wani berkata dia sanggup menurunkan berat badan semata-mata mahu mengejar impian untuk menjadi seorang anggota polis.

“Semasa sekolah menengah, saya kategori obes dengan berat mencecah 124 kilogram. Selepas Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya tekad untuk turunkan berat badan sebab tengok ramai kawan di universiti sertai Sukarelawa Polis Siswa Siswi (SUKSIS).

Wani berjaya menurunkan berat badan daripada 124kg kepada 80kg demi mengejar cita-cita menjadi anggota polis.

“Kalau badan besar, memang tak lepas. Jadi saya tekad dan berjaya turunkan berat badan kepada 80 kilogram. Saya sasarkan untuk turunkan lagi 15 kilogram dan harap mampu mencapainya sebelum pentauliahan polis nanti,” katanya.

Gadis yang berasal dari Arau, Perlis ini berkata, ibu bapanya merestui cita-citanya malah turut memberi sokongan.

“Kalau ikutkan, dulu nak jadi tentera tapi mak tak benarkan. Jadi saya pilih untuk jadi polis. Kenapa pilih polis walaupun belajar bidang lain, jawapannya kerana saya mahu mencurahkan khidmat bakti kepada negara,” akhirinya. 

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain