Buka aib rakan sepejabat sebenarnya ‘prank’, mangsa baru dapat kerja siap puji syarikat, “Saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal” - Viral | mStar

Buka aib rakan sepejabat sebenarnya ‘prank’, mangsa baru dapat kerja siap puji syarikat, “Saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal”

Video yang tular itu sebenarnya 'prank' dirancang pihak pengurusan syarikat untuk meraikan Sofea (tengah tudung kelabu) yang diterima masuk bekerja di syarikat tersebut.

SEORANG gadis dikecam gara-gara merakam dan memuat naik video rakan sepejabatnya dimarahi 'bos' sehingga tular di Twitter.

Video dengan kapsyen 'Weh kalau aku kena macam ni memang dah lama menangis... dah lah kena depan orang' mendapat hampir 300,000 tontonan sejak dimuatnaik malam Rabu.

Malah posting Umairah El'Dorado itu turut mendapat 5,500 ulang kicau dan 6,800 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia minta telefon lagi...” - Tak serik! Bapa dedah reaksi anaknya sehari selepas kejadian ‘mata hitam’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia nyaris langgar pakcik di sebelahnya” - Abang motosikal gelabah, nyaris kemalangan diusik gadis dari dalam kereta

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan gadis tersebut sebagai tidak sensitif dan membuka aib rakan sepejabatnya yang dikenali sebagai Sofea.

Posting Umairah menjadi tular di Twitter.

Pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai Umairah berkata video tersebut sebenarnya prank untuk meraikan Sofea yang juga staf baharu di syarikat tempat mereka bekerja.

"Sebenarnya tiada siapa salah dalam video tersebut. Video prank itu sebenarnya dirancang dari awal untuk meraikan Sofea sebab berjaya dapat kerja di syarikat kami.

"Malah Sofea sendiri aware akan ada kejutan daripada management untuk dirinya cuma dia tak sangka sampai kena prank macam tu," katanya ketika dihubungi mStar.

Mula-mula tu terkejut jugalah tapi saya lagi terkejut bila dapat celebration tu. Tapi lepas video tu viral saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal.

SOFEA.

Umairah yang juga salah seorang staf bahagian sumber manusia syarikat itu berkata video yang dimuatnaiknya itu sebenarnya bertujuan untuk mempromosi kempen menggalakkan budaya menghargai dan meraikan pekerja dalam syarikat.

"Ini juga selari dengan kempen yang bakal kami adakan tak lama lagi #MauSuprise - "Staff Appreciation Programme'.

"Kempen itu akan fokus kepada user Maukerja yang berjaya mendapatkan kerja menggunakan platform Maukerja.

Sofea (kanan) turut terkejut dengan surprise tersebut.

"Untuk kempen ini, team kami akan pergi dan celebrate staf yang terpilih di tempat kerja mereka. So stay tuned!," katanya.

Pada masa sama, Umairah turut memohon maaf kerana mencetuskan salah faham orang ramai mengenai video itu.

"Saya minta maaf sebab cara prank tu agak kasar dan buat ramai salah faham. Sebenarnya video yang saya upload tu baru 10 paratus daripada video asal.

"Saya pun berani post video tu sebab management dah tahu dari awal mengenai perkara ini.

"Jadi saya harap dengan penjelasan ini dapat clearkan salah faham orang ramai. Terima kasih di atas teguran dan nasihat semua," katanya.

Jelas Umairah lagi, pihak pengurusannya sentiasa membuat kejutan untuk menghargai kakitangan cemerlang secara berkala.

Umairah memuat naik video tersebut memandangkan pihak pengurusan syarikat sudah mengetahui perkara itu.

"Sudah jadi rutin syarikat kami untuk meraikan pekerja kami. Daripada mereka yang berjaya dapat kerja sehinggalah mereka yang berjaya siapkan weekly task mereka.

"Kami akan raikan bagai nak rak. Itu salah satu cara kami menghargai staf kami tak kira kecil atau besar sumbangan mereka," katanya.

Sementara itu, Sofea menjelaskan dia tak ambil hati dengan video itu kerana ia hanya prank semata-mata.

"Mula-mula tu terkejut jugalah tapi saya lagi terkejut bila dapat celebration tu. Tapi lepas video tu viral saya OK sahaja baik mental mahupun fizikal.

"Saya tak ambil hati sebab tak buat apa-apa salah pun. Saya masih lagi bekerja di sini dan siap dapat hadiah lagi.

"Saya amat menghargai effort team untuk buat suprise. Lagipun mana nak dapat company yang appreciate staff macam ni," katanya.

video prank , kejutan , Maukerja , Sofea

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain