suria

Kecoh orang utan di Zoo Negara makan plastik! Ramai seakan tak percaya, “Takkanlah staf zoo sengaja, biarkan perkara ni berlaku”

SEBUAH video tular menunjukkan seekor orang utan didakwa makan plastik menggemparkan media sosial selepas ia dikongsi sejak Isnin.

Menerusi perkongsian Twitter @cmyliajones pada Isnin, dia mendakwa kejadian berlaku di Zoo Negara yang terletak di Ampang, Selangor.

“Kita cuba membuat perkara yang lebih baik tetapi Zoo Negara sendiri membiarkan haiwan mereka memakan plastik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Monyet ditembak sampai berdarah kerana tak panggil ‘baby sayang’

ARTIKEL BERKAITAN: Dukacita! Harimau gempar masuk kampung disahkan mati

Pengguna Twitter tersebut, Cmylia berkata, dia telah membuat aduan kepada Zoo Negara secara dalam dan luar talian.

Dia kemudian menerima maklum balas daripada pengendali akaun Instagram rasmi Zoo Negara, @zoonegara_malaysia.

“Hi, terima kasih di atas maklum balas anda dan kami amat menghargai keprihatinan anda mengenai hidupan liar kami. 

“Kami sedia maklum dan mengutamakan komen anda dan mengatasi situasi ini,” katanya.

Pengendali akaun Instagram Zoo Negara memberi maklum balas berhubung aduan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat bahawa plastik itu berkemungkinan datangnya daripada pengunjung Zoo Negara.

“Takkanlah staf Zoo Negara sengaja bagi haiwan-haiwan makan plastik atau biarkan perkara ini berlaku,” tulis seorang netizen.

“Plastik biasanya datang daripada pengunjung sepanjang masa. Tidak ada pekerja akan sengaja membiarkan haiwan-haiwan makan plastik. Hargai anda telah buat laporan secara dalam dan luar talian, tetapi tidak adil mengatakan Zoo Negara membiarkan haiwan-haiwan makan plastik,” komen netizen lain.

Komen-komen netizen yang berpendapat kejadian berpunca daripada tindakan pengunjung.

“Kesiannya. Makanan pun kadang-kadang pelawat campak-campak. Yang aku pelik campak makanan dahlah, dengan plastik-plastik sekali tu dah kenapa?,” soal netizen.

Tanpa mahu menyebelahi sebelah pihak semata-mata, seorang netizen berkata, ia tidak akan berlaku sekiranya pengunjung tidak memberi makanan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Jika ia benar-benar adalah kesalahan pengunjung, penjaga zoo seharusnya memastikan barang-barang yang tidak diingini dibuang atau bersihkan kandang haiwan.

CMYLIA

Cmylia yang bersetuju dengan pandangan netizen tersebut berkata, ia juga tidak akan berlaku sekiranya Zoo Negara tidak menyediakan sebarang plastik untuk makanan dan hadiah kepada pengunjung.

“Jika ia benar-benar adalah kesalahan pengunjung, penjaga zoo seharusnya memastikan barang-barang yang tidak diingini dibuang atau bersihkan kandang haiwan.

Cmylia menjawab komen seorang netizen.

“Apapun, banyak penghadang besar dan jarak antara pengunjung dan haiwan-haiwan besar. Saya fikir jika mereka betul-betul campak, takkan sampai punya sampah tu ke dalam sangkar,” ujarnya.

mStar telah menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Zoo Negara dan sedang menunggu maklum balas berhubung perkara tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
orang utan, plastik, Zoo Negara

Artikel Lain