Kulit kena flawless baru diiktiraf cantik, gadis akui penat dengan budaya media sosial, “Kita pasti ada kecantikan sendiri” - Viral | mStar

Kulit kena flawless baru diiktiraf cantik, gadis akui penat dengan budaya media sosial, “Kita pasti ada kecantikan sendiri”

Syamila tidak setuju dengan budaya kulit licin yang dipraktikkan di media sosial.

SETIAP manusia mempunyai persepsi tersendiri mengenai kecantikan atau rupa paras seseorang.

Namun awas ya dengan zaman teknologi yang serba canggih ini, kita kadang-kala tertipu dengan seseorang yang tidak menonjolkan wajah sebenar mereka.

Ini berlaku kerana wujud tanggapan bahawa hanya individu yang berkulit licin, tanpa jerawat atau tak berparut layak mendapat pengiktirafan 'cantik'.

ARTIKEL BERKAITAN: Cun sangat! Kakak 'ganas' mahu ubah imej, sebak tengok wajah sendiri selepas disolek adik

Pandangan seperti ini membuatkan seorang gadis pernah berasa sangat tidak selesa dengan dirinya sendiri.

Syamila memuat naik posting berkaitan budaya kulit licin.

Menurut gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syamila, dia berasa tidak selesa dengan dirinya sendiri gara-gara timbul 'budaya' perlu berkulit licin untuk dianggap cantik.

“Semua orang nak post gambar dengan keadaan kulit licin, cantik dan yakin sahaja.

“Sehingga saya rasa down sebab kulit tak licin tak seputih mereka. Ini kerana seperti sudah ada beauty standard yang ditetapkan kalau nak post gambar, padahal hakikatnya setiap orang mempunyai kecantikan masing-masing,” kongsi remaja berusia 19 tahun itu kepada mStar.

Jangan percaya dengan gambar yang muka kelihatan licin kerana pasti kebanyakan sudah di'edit'. Jadi banggalah dengan wajah original diri sendiri.

SYAMILA

Menurut Syamila, dia percaya pada masa kini ramai yang sanggup mengubah wajah sendiri semata-mata mahu kelihatan lebih licin dan berseri.

“Kalau tengok gambar tak semua yang muka mereka betul-betul licin dan flawless. Dengan keadaan cuaca negara kita yang panas dan lembab ini, memang susahlah nak betul-betul jaga muka untuk kelihatan licin.

“Tetapi setiap orang ada kelemahan tersendiri. Kalau seseorang itu tak ada jerawat, saya percaya mesti ada bekas parut atau sebagainya.

Sebahagian komen netizen berkaitan status Syamila.

“Lagipun jangan percaya sangat dengan gambar kerana dah edit guna kesan kamera,” jelasnya.

Justeru Syamila menasihatkan semua gadis supaya tidak berasa rendah diri dan segan dengan penampilan masing-masing.

“Setiap orang ada kecantikan tersendiri. Sayangilah diri  dan jangan takut nak menghadapi semua ini hanya kerana persepsi tersebut.

“Tidak kiralah kulit macam mana pun, yang penting kita pasti ada kecantikan sendiri,” ujar pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini.

Syamila sebelum ini berkongsi posting di laman Twitter mengenai 'budaya' perlu ada kulit licin untuk dianggap cantik dan ia telah mendapat lebih 6,000 ulang kicau.

cantik , licin , flawless

Artikel Lain