Wah! Mahu kerja dengan dua puteri jelita, Tunku Azizah beri respons positif... pemuda bertuah kata “best day ever” - Viral | mStar

Wah! Mahu kerja dengan dua puteri jelita, Tunku Azizah beri respons positif... pemuda bertuah kata “best day ever”

Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan turut menjadi perhatian netizen sejak akhir-akhir ini. Foto Tengku Afzan

SELEPAS Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menjadi tumpuan, kini giliran dua adindanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menjadi bualan hangat netizen.

Sejak akhir-akhir ini kedua-dua puteri itu dilihat kerap menemani ayahanda dan ibunda mereka hadir ke beberapa majlis rasmi.

Terbaharu Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan hadir menyaksikan acara Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiru fesyen Tunku Azizah, pelajar terkejut baginda tiba-tiba respons... segalanya bermula di bilik guru!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baker terpilih’ tak keruan siapkan kek Tunku Azizah, bayi dalam kandungan seolah faham ibu... “Saya tak tidur seharian”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak, kena siap baju dari kepala sampai kaki” - Tunku Azizah

Rata-rata netizen berkongsi gambar paparan skrin gelagat dua puteri itu di Twitter malah ada yang memuji dan terpesona dengan kecantikan mereka.

Tunku Azizah memberi respons balas pada tweet tersebut.

Namun satu tweet berjaya menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tweet 'Kalau tak boleh jadi boyfriend jadi bodyguard pun takpe lah' oleh Chalee mendapat respons positif daripada Tunku Azizah.

"BG (bodyguard) boleh.... ," demikian respons balas Tunku Azizah.

Apakah ada syaratnya jika hamba hendak memetik bunga di taman? Ayu berseri memakai selendang, sekali imbas seiras Dato Siti, Sopan santun elok di pandang, pandang sekali jatuh ke hati.

NETIZEN.

Tweet itu mendapat 1,200 tanda suka di Twitter dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Malah tuan punya badan turut terharu dengan respons baginda walaupun ia dipercayai sekadar gurauan dengan rakyat jelata di media sosial.

My princess and my queen notice me, i mean like best day ever. Sekarang pun boleh tuanku (jadi body guard)," Chalee membalas komen tersebut.

Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan hadir acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Sabtu. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

Sejak itu terdapat beberapa pemuda turut mencuba nasib mereka.

"Apakah ada syaratnya jika hamba hendak memetik bunga di taman? Ayu berseri memakai selendang, sekali imbas seiras Dato Siti, Sopan santun elok di pandang, pandang sekali jatuh ke hati," kata seorang pelayar Twitter.

"Ampun tuanku. Sudikah tuanku menerima pinangan hamba ke atas puteri tuanku," soal HafizApez.

"Kalau minta jadi bodyguard belum tentu dapat, dapat jadi tukang hantar surat dekat office pun dah bersyukur sangat-sangat," tulis Shafiq Eddy.

“Wah queen balas... bilalah tuanku nak balas setiap komen saya," kata Mierinkiku1.

Artikel Lain