Hikmah buka mesej WhatsApp yang lama diabaikan, fail penting hilang 3 tahun ditemui hanya dengan satu surah, “Tak sampai dua jam, terus jumpa” - Viral | mStar

Hikmah buka mesej WhatsApp yang lama diabaikan, fail penting hilang 3 tahun ditemui hanya dengan satu surah, “Tak sampai dua jam, terus jumpa”

Taufiq berjaya menemui semula fail lama miliknya yang hilang sejak tiga tahun lepas.

KEKUSUTAN seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti awam mencari fail lama miliknya yang mengandungi pelbagai dokumen penting akhirnya terungkai hanya dengan kehebatan satu surah.

Kisah penuh hikmah itu dikongsikan oleh Muhammad Taufiq Yahaya, 24, menerusi laman Twitter sehingga menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet).

Mesra disapa Taufiq, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, fail yang sudah hilang selama tiga tahun berjaya ditemui dalam tempoh yang sangat singkat, sejurus dia membaca surah al-Insyirah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada barang hilang kami sekeluargalah dituduh mencuri” - Alha Alfa dedah perit hidup miskin selepas hadiahkan ibu kereta Merc

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya kasihankan pemiliknya, saya tak sengaja ambil" - Wanita tudung biru, 'shopping' di Sogo dicari

"Saya dah nak habis belajar, runsing nak cari kerja sebab fail yang simpan surat beranak dan slip-slip peperiksaan hilang sejak tiga tahun lepas.

Perkongsian Taufiq di Twitter.

"Saya pun tergerak hati nak baca surah tu selepas solat Subuh masa hari raya Aidiladha. Tak sampai dua jam, sebelum pergi sembahyang raya tu terus jumpa. Padahal sebelum ni pernah cari kat situ, tiba-tiba ada balik.

"Sebenarnya saya teringat nak baca surah tu sebab tengok satu video ceramah yang dihantar oleh mak cik saya dalam group WhatsApp. Video tu dah lama sebenarnya, tapi baru tengok balik malam sebelum tu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Kadang-kadang tak ingat apa yang kita dah study, baca surah tu InsyaAllah akan ingat balik dan tenang untuk jawab.

MUHAMMAD TAUFIQ YAHAYA

Menurut Taufiq lagi, itu bukanlah kali pertama dia mengamalkan surah al-Insyirah.

Malah, ia sering menjadi amalannya setiap kali mengalami kesukaran untuk menjawab peperiksaan.

Malah, dia turut mengakui peristiwa penuh hikmah itu juga sebagai satu peringatan dari Allah buat dirinya.

"Masa sekolah dulu selalu amal, lama-lama terlupa. Mungkin Allah nak tegur, tunjuk balik nikmat tu.

Taufiq juga sering mengamalkan surah al-Insyirah sewaktu menghadapi peperiksaan.

"Ia bukanlah kali pertama, sebelum ni selalu baca juga sewaktu peperiksaan.

"Kadang-kadang tak ingat apa yang kita dah study, baca surah tu InsyaAllah akan ingat balik dan tenang untuk jawab," ujarnya yang juga penuntut bidang Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam pada itu, rara-rata pelayar Twitter turut menghujani posting Taufiq untuk berkongsi kisah mereka berhubung surah yang sama.

"My mom selalu pesan baca surah ni tiap kali nak jawab exam. Yes, sangat membantu, kau akan keluar dewan exam dengan sangat tenang.

"Sama dengan saya. Saya amalkan sejak lima tahun lepas selepas selesai solat. Masa zaman universiti, saya amalkan before start exam. Alhamdulillah dapat skor tinggi even tak dapat dekan. Lepas tu saya terus amalkan sehingga saya dapat first career dalam bidang saya even time tu tak habis belajar lagi," kongsi netizen lain.

Menerusi posting miliknya, Taufiq turut berkongsi sedutan ceramah Ustaz Fawwaz Mad Jan yang bercerita mengenai kelebihan surah al-Insyirah.

Ia sehingga kini menerima lebih 118,000 tontonan di Twitter.

https://invol.co/clh8fw
surah al-Insyirah , barang , hilang , tenang , ajaib

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.