Abang kaunter dianggap tak berpelajaran 'sekolahkan' ibu budak MRSM… “Balik rumah ajar mak adik sekali tau” - Viral | mStar

Abang kaunter dianggap tak berpelajaran 'sekolahkan' ibu budak MRSM… “Balik rumah ajar mak adik sekali tau”

Firdaus membantu ibunya bekerja di kedai buku dan alat tulis setiap kali cuti semester.

ADA sesetengah berpendapat adab seseorang itu bermulanya dari rumah.

Ayat ‘mak bapak tak ajar’ sudah sinonim jika kanak-kanak atau remaja berkelakuan biadap.

Mungkin tidak sepenuhnya ia seperti ungkapan itu, namun hakikat sebenar memang tidak boleh dinafikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan ini 'kebal' diperli, tak kisah jadi Mr Piky, biaya duit sekolah adik di kampung tetap cukup... janji kerja halal!

Berkongsi pengalaman mengenai mentaliti memandang rendah kepada orang lain, Ahmad Firdaus Ezani ada ceritanya.

Pemuda berusia 21 tahun yang merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Ijazah Sains Mikrobiologi ini memberitahu, sikap golongan dewasa yang mudah menilai mempengaruhi mentaliti remaja.

Tindakan Af turut mendapat komen-komen positif daripada netizen.

“Ketika cuti semester tahun lalu, saya bekerja di kedai ibu yang menjual buku dan alat tulis.

“Ketika duduk di kaunter ada seorang pelanggan wanita datang dengan anaknya yang belajar di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).

“Tiba-tiba dia ada cakap ‘adik kena belajar elok-elok, nanti jadi macam abang ni, kerja kedai macam ni jer’.

“Ketika mereka nak bayar saya cakap, “Dik, I’m a second year bachelor degree student of Microbiology in University Puta Malaysia, second best university in Malaysia. Now, i’m in my semester break. Dekat MRSM ada subjek pendidikan sivik kan… belajar elok-elok. Balik rumah ajar mak adik sekali tau? Boleh?”.

“Mendengar kata-kata saya, wanita itu terus tinggalkan kedai dalam keadaan malu,” jelas Ahmad Firdaus atau lebih mesra dipanggil Af.

[Sesuatu perlu dibuat untuk 'educate' mereka yang mempunyai sikap suka menilai dan merendahkan orang lain.

AHMAD FIRDAUS EZANI

Pelajar Universiti Putra Malaysia


Menurut Af, sikap ibu bapa kadang-kala memberi kesan kepada anak-anak mereka.

“Pengalaman saya setakat ini, rata-rata yang mempunyai perangai tersebut adalah orang Melayu.

“Mereka nampak orang di kelas bawahan akan bekerja di kelas bawahan.

“Sebagai pelajar, saya lebih berminat bekerja di sektor kelas bawahan kerana mempunyai peluang yang lebih besar,” jelasnya yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Firdaus menghabiskan cuti semester dengan membantu ibu di kedai buku dan alat tulis. Gambar hiasan.

Tambah Af, sikap yang ditunjukkan itu merupakan sesuatu yang tidak baik.

“Pada mulanya tak kisah, tetapi apabila selalu terkena, saya fikir sesuatu perlu dibuat untuk ‘educate’ mereka yang mempunyai sikap suka menilai dan merendahkan orang lain.

“Saya berharap setiap orang perlu lebih menghormati orang lain, rendahkan diri sedikit daripada kedudukan sendiri,” tambahnya.

Pandang rendah , adab

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain