suria

Pembeli tak guna ‘common sense’, personal shopper naik angin! “5 jam saja nak beratur bayar... kami juga manusia biasa”

Cabaran pembeli peribadi atau personal shopper apabila pembeli mempertikaikan caj servis mereka. Foto ihsan Siti Najihah Hussin

SETIAP kesabaran ada batasnya, begitulah yang dirasai oleh individu yang menyediakan perkhidmatan pembeli peribadi atau personal shopper.

Gara-gara harga koleksi khas tudung membabitkan selebriti tempatan popular dinaikkan kerana termasuk caj perkhidmatan personal shopper, laman sosial menjadi kecoh.

“Uish dia punya mark up (naik harga),” kata seorang pengguna Twitter merujuk kepada tawarannya untuk membeli barangan berkenaan.

“Tapi dekat kedai RM78 je,” kata seorang lagi netizen yang membuat perbandingan harga yang ditetapkan oleh personal shopper sebanyak RM86.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat 'Personal Shopper' Makin Popular

Seorang personal shopper kemudian tampil memberi respons kepada pertikaian tersebut.

“Orang Twitter ni pelik. I selalu sebut I ni personal shopper. Of course I mark up harga. You rasa? I pergi beli barang hanya dibawa angin? Parking I hanya dibayar dengan kerlipan mata? Tol I dibayar dengan bulu kaki? Masa I?,” tulisnya di Twitter.

Personal shopper berkenaan, Siti Najihah Hussin berkata, ini bukan pertama kali dia berdepan dengan kerenah bakal pembeli yang mengeluh mengenai harga yang dikenakan lebih tinggi berbanding harga sebenar, hanya disebabkan caj perkhidmatannya.

Namun wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, selama ini keluhan itu hanya diterimanya secara peribadi, dan bukannya dihebahkan secara terbuka di laman sosial.

“Sebelum ni dah banyak kali, saya boleh bersabar. Tapi bila ada yang pertikaikan harga tu di Twitter, jadi saya kata cukup-cukuplah. Saya perlu bersuara memberi penjelasan.

“Tak semua pembeli dan bakal pembeli macam tu, hanya kira-kira lima peratus yang jenis berkira. Tapi, yang tak ramai tu benar-benar menguji kesabaran kami,” katanya kepada mStar.

Najihah menjadi personal shopper sambilan sejak dua tahun lalu.

Lebih dikenali sebagai Najihah, personal shopper sambilan sejak dua tahun lalu itu berkata, perkhidmatan yang ditawarkan bukan secara percuma dan ia sebenarnya membolehkan pembeli mendapatkan sesuatu barang dengan lebih mudah dan selesa.

“Pelanggan tidak perlu pun keluar rumah, tak perlu keluar modal dari segi masa dan tenaga atau kos tertentu untuk pergi ke sesuatu tempat bagi membeli barang tersebut.

Personal shopper seperti kami inilah yang pergi membeli, tukang beratur, tukang pilih, tukang bayar di kaunter termasuk buat penghantaran,” katanya.

Sebahagian barang yang dipesan pelanggan.

Jika barangan import dari luar negara, jelasnya, terdapat cukai dan caj penghantaran, termasuk syarat jumlah minimum pesanan bagi barangan tertentu, bagi membolehkan kos pesanan lebih murah dan sekali gus tidak membebankan pelanggan.

Sehubungan itu, Najihah yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur berkata, semua proses tersebut memerlukan kos termasuk caj perkhidmatannya.

“Saya pernah menghabiskan masa kira-kira 10 jam untuk beli barang masa jualan gudang saja. Tiga jam saja untuk beratur panjang masuk ke dalam premis.

Kalau rasa harga yang dikenakan itu mahal, anda perlu bijak pilih personal shopper yang mengenakan caj lebih murah.

NAJIHAH

“Dua jam lagi saya pergi beli pilih barang yang dipesan pelanggan. Dan lima jam pula beratur panjang untuk membuat pembayaran. 

“Itu belum lagi nak bungkus barang, terutama yang nak extra protection kerana mudah pecah, dan buat penghantaran. Memang mencabar, itu belum lagi dugaan baru je beli, terus saya disuruhnya pergi pos. Sabar je lah,” tambah ibu kepada dua anak itu.

Najihah (kiri) bersama rakannya yang juga menawarkan perkhidmatan sama.

Menurut Najihah, dia dan personal shopper lain sama ada sepenuh masa atau sambilan menyediakan perkhidmatan itu bagi menjana pendapatan dan menyara kehidupan.

Personal shopper juga manusia biasa, ada komitmen masing-masing. Ada keluarga yang perlu ditanggung dan bil perlu dibayar. 

“Sekarang ni bukan lagi zaman batu, tapi celik IT. Kami bukan tolong belikan secara percuma. Kalau rasa harga yang dikenakan itu mahal, anda perlu bijak pilih personal shopper yang mengenakan caj lebih murah,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain