Lima jejaka ‘Backstreet Boys wannabe’ buat hal di dewan kuliah! Suara sedap, siapa lelaki muncul dari dalam almari? - Viral | mStar

Lima jejaka ‘Backstreet Boys wannabe’ buat hal di dewan kuliah! Suara sedap, siapa lelaki muncul dari dalam almari?

Klip video sekumpulan pemuda menyanyikan lagu Backstreet Boys 'I Want It That Way' dalam dewan kuliah menjadi tular di media sosial.

SATU video tular di media sosial menunjukkan lima pemuda cuba menonjolkan bakat masing-masing menyanyikan lagu kumpulan pop popular era 90an, Backstreet Boys.

Lokasi 'persembahan'dipercayai di sebuah dewan kuliah, di mana kelima-lima mereka menyanyikan lagu I Want It That Way, yang merupakan single pertama bagi album ketiga kumpulan Backstreet Boys atau lebih dikenali sebagai BSB, pada 1999.

Backstreet Boys merupakan kumpulan pop dari Amerika Syarikat (AS) yang ditubuhkan pada 1993, dianggotai lima jejaka iaitu Nick Carter (Nick), Brian Littrell (Brian), Kevin Richardson (Kevin), AJ McLean (AJ) dan Howie Dorough (Howie D).

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hati tisu, kena menyampuk untuk kasi mood happy” - Nyanyi lagu rap gaya Spiderman, pemuda ini buat kejutan di majlis kahwin sepupu

Klip video berdurasi 37 saat itu dimuat naik oleh pengguna Twitter @_irhuzdamha dipercayai salah seorang daripada lima pemuda berkenaan.

My last 5 brain cells,” menurut perkongsian yang merujuk kepada lima sekawan bergabung membuat persembahan secara spontan.

Setakat pagi Khamis, perkongsian tersebut diulang kicau lebih 33,000 kali dan mendapat lebih 38,000 tanda suka (like).

Backstreet Boys merupakan kumpulan pop popular era 90an dari Amerika Syarikat. Foto Sony Music

Di awal rakaman tersebut menunjukkan salah seorang daripada lima pemuda bangun dari kerusi, dan memulakan bait pertama lagu I Want It That Way.

Sambil memegang botol air minuman yang dijadikan seperti mikrofon, dia menyanyikan baris pertama lagu itu sebelum disambung rakannya di bahagian hadapan dewan kuliah.

Mengejutkan netizen, apabila pemuda keempat muncul dari dalam sebuah almari di bahagian hadapan kuliah, sebelum kehadiran pemuda kelima dari luar dewan.

Persembahan mereka diakhiri dengan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai sehingga menghiburkan dan mencuit hati netizen.

Aksi salah seorang pemuda yang memulakan persembahan.

Walaupun hanya menyanyikan sebaris lagu, pemuda yang keluar dari almari mencuri tumpuan netizen dengan rata-ratanya memuji kemerduan suaranya.

“Yang keluar dari almari tu suara dia sedap,” tulis seorang netizen.

Yang keluar dari almari tu suara dia sedap.

NETIZEN

The closet guy can sing (lelaki ‘almari’ itu boleh menyanyi),” komen netizen lain.

“Sedap gila suara yang keluar dari almari tu,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.

Rata-rata netizen memuji pemuda yang keluar dari sebuah almari kerana kebolehannya menyanyi dengan baik.

I love this video so much. I can't stop watching it. The fourth guy sings so good. I'm shaking?? (Saya sangat sukakan video ini. Saya tak berhenti menontonnya. Pemuda keempat menyanyi sangat baik. Adakah saya bergetar??),” kata seorang netizen.

Malah, seorang pengguna Twitter berharap pemuda yang keluar dari almari itu diberikan peluang untuk merakamkan lagu.

Someone sign up the cupboard dude for a record label and give that man more time to sing!! (Seseorang ambil pemuda ‘almari’ untuk rakaman lagu dan beri lebih banyak peluang untuk dia menyanyi!!),” ujar seorang netizen.

Backstreet Boys , BSB

Artikel Lain