Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow” - Viral | mStar

Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

Kata Sha, dia terbuka hati untuk lebih menjaga auratnya sejak beberapa bulan lalu dan mengakui sukar untuk istiqamah ditambah pula dengan tekanan oleh netizen. FOTO: Instagram Sha Hassan.

JENAKA dan gurauan antara suami isteri sememangnya diakui ramai sebagai salah satu resipi kebahagiaan rumah tangga.

Ini termasuklah sebilangan isteri yang gemar menggunakan suami sendiri sebagai 'model' untuk mereka menguji kepakaran mekap mereka dan sebagainya.

Terbaharu, keletah seorang lelaki yang dipaksa menggunakan penyepit bulu mata oleh isterinya disifatkan netizen cukup 'sweet' dan menghiburkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'syaitan' kerana obses mahu putih melepak

ARTIKEL BERKAITAN: Gomol ‘bear’ depan pakwe sampai kotor terkena mekap... gadis ini sedih dicop gedik, “Memang suara saya kecil, manja macam tu”

Bercakap kepada mStar, Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan atau Sha mengakui sekadar suka-suka cuba menggunakan peralatan mekap berkenaan ke atas suaminya, Hafis Zakaria.

Video melibatkan suami Sha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

Namun kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia tetap menerima komen negatif biarpun ia sekadar jenaka yang dilakukan dengan suami sendiri.

"Saya minta dengan suami, nak try penyepit bulu mata tu. Dia memang takut sebab tak pernah pakai.

"Biasanya dia tak bagi pun, sebelum ni pun ada juga pakaikan lipstik, tapi full mekap tu tak pernah la.

"Bila post, mesti akan ada komen negatif juga. Ada orang kata haram untuk lelaki mekap, ada juga yang komen pasal lengan baju Sha singkat, sebab hari tu cakap nak berhijrah," ujar usahawan kecantikan dari Kelantan itu.

Bila Sha pakai balik tudung yang agak singkat, ramai yang kecam. Betul apa yang mereka kata, tapi susah nak istiqamah. Orang expect kita jadi malaikat terus.

WAN NUR SITI AISYA WAN HASAN

USAHAWAN KECANTIKAN

Namun kata wanita berusia 23 tahun itu, dia seolah-olah sudah lali dengan kecaman memandangkan dia pernah dikecam lebih teruk sebelum ini.

Malah, dia turut menasihati orang ramai agar berhenti mengikuti mana-mana akaun laman sosial individu yang tidak disukai mereka.

"Memang dah selalu kena kecam. Tak kisah sangat. Kalau over, block je. Bagi Sha, kalau suka boleh follow, kalau tak unfollow je la.

Sha bersama suaminya.

"Dulu pernah digelar syaitan, lepas tu orang selalu kecam muka saya terlalu putih. Ada yang cakap suami takut sebab terlalu putih," katanya lagi.

Mengulas mengenai penghijrahannya, Sha mengakui terbuka hati untuk lebih menjaga ketrampilan sebagai Muslimah sekitar April lalu.

Namun katanya, ia bukan sesuatu yang mudah dan dia berusaha setiap hari untuk memperbaiki dirinya.

"Hari tu Sha dah mula pakai tudung yang labuh, Sha pakai sarung kaki. Tapi takkan lah nak cerita kat orang kan.

Sha sebelum ini pernah digelar syaitan oleh netizen gara-gara memiliki wajah yang terlalu putih.

"Bila Sha pakai balik tudung yang agak singkat, ramai yang kecam. Betul apa yang mereka kata, tapi susah nak istiqamah.

"Orang expect kita jadi malaikat terus. Hari tu pakai tudung labuh, bila sekarang pakai bawal orang tak boleh terima. Rasa down juga kadang-kadang sampai malas nak main Instagram," katanya yang memiliki lebih 340,000 pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, perkongsian video Sha bersama suaminya yang mencuba penyepit bulu mata palsu dan dipakaikan tudung menerima ribuan tontonan di Instagram.

Malah, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan aksi suaminya yang kelihatan 'takut-takut' untuk mencuba peralatan mekap berkenaan.

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.