Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal” - Viral | mStar

Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal”

Impian Mohamad Sofian untuk bertemu dengan Zach King tercapai, selepas menerima jemputan daripada personaliti youtube dari Amerika Syarikat itu. Foto ihsan Mohamad Sofian Abdullah

RAMAI mengenali personaliti Youtube yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Zach King menerusi video-videonya ala ‘silap mata’ atau magik.

Menjadikan beliau sebagai idola, seorang anak muda Malaysia turut menghasilkan video-video berinspirasikan kreativiti Zach King di laman sosial.

“Salah satu matlamat saya tahun baharu adalah untuk berkolaborasi dengan idola saya @zachking. Walaupun video ini hanya suntingan tetapi saya amat teruja. Korang punya azam tahu baru pula apa?,” demikian postingnya berserta video yang dibuat beberapa tahun lalu, memaparkan dirinya disunting dengan kemunculan Zach King dan dimuat naik semula di akaun Instagram miliknya, pada 31 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah 'Tawar Job' Gara-Gara Parodi Kelakar Avengers Pelajar Kolej Mara

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Avengers muncul buat kejutan depan pelajar Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: SRK ‘Intai’ Kak Girl

Bagaimanapun, pemuda tersebut menerima kejutan tak disangka-sangka apabila Zach King menghantar mesej secara langsung (DM) di akaun Twitternya, memberitahu beliau akan ke Jakarta, Indonesia dan mahu berjumpa dengannya.

“Hey kamu, kamu dari negara mana? Saya tak pasti sama ada kamu dari Indonesia sebab saya akan ke sana esok, dan kalau kamu di Jakarta, saya senang hati mahu berjumpa dengan kamu,” kata Zach King pada awal pagi Jumaat lalu.

Azam tahun 2019 Mohamad Sofian untuk berkolaborasi dengan idolanya, Zach King.

Impian pemuda itu bertemu dengan idolanya menjadi kenyataan apabila dia mengambil keputusan saat akhir untuk terbang ke Jakarta, bagi menghadiri ke sebuah program pada Sabtu di ibu negara republik itu yang mana Zach King menjadi tetamu jemputan.

Namun tiada siapa menyangka pemuda berusia 23 itu sebenarnya tidak mempunyai pasport dan belum pernah ke luar negara sehingga menerima pelawaan tersebut.

Mohamad Sofian membuat permohonan pasport untuk bertemu dengan Zach King, di Jakarta.

Mohamad Sofian Abdullah berkata, sebelum ini dia tiada sebab untuk ke luar negara, malah tiada kata putus yang diberikannya sewaktu mendapat jemputan daripada Zach King.

“Zach King mesej saya pukul 1.23 pagi, dan saya pada mulanya bercadang untuk membuat panggilan video menerusi Facebook memandangkan saya tidak ke Jakarta.

“Tapi pada tengah hari Jumaat tu saya ambil keputusan untuk ke Jakarta dan memberitahu mengenai perkara itu kepada Zach King. 

“Sebab hari tu Jumaat, petang baru saya buat pasport di Putrajaya. Saya kemudian balik semula ke pejabat di Bukit Jalil untuk minta bantuan rakan-rakan sebab tak pernah buat tempahan penerbangan antarabangsa termasuk lokasi penginapan,” katanya yang bekerja sebagai juruvideo kepada mStar.

Zach King menghantar DM kepada Mohamad Sofian.

Mohamad Sofian berkata, dia kemudian bergegas pulang ke rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk membuat persiapan berikutan penerbangan pada pukul 10 malam hari yang sama.

Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menerima kejutan seterusnya apabila Zach King yang mempunyai lebih 20 juta pengikut di laman sosial Instagram menyediakan bilik penginapan di hotel terkemuka di Jakarta.

Bayangkan dalam waktu singkat macam kelam-kabut dengan tak ada pasport dan tak pernah ke luar negara, tapi saya amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan, syukur. Sikit pun saya tak rasa penat

MOHAMAD SOFIAN

“Esoknya (Sabtu) saya datang ke program tersebut sebagai peminat dan kami berkesempatan berjumpa walaupun dalam kesibukannya,” ujar anak ke lapan daripada 11 adik-beradik itu.

Pertemuan singkat bersama Zach King dimanfaatkan Mohamad Sofian sepenuhnya dengan bertukar idea dan pengalaman serta kemahiran masing-masing.

Peluang berharga bertemu Zach King dimanfaatkan Mohd Sofian (kiri) sepenuhnya.

Menyifatkan Zach King seorang yang peramah dan merendah diri, dia dikejutkan lagi apabila namanya diumumkan sewaktu personaliti itu berada di pentas.

“Saya terkejut dan rasa gembira sangat. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, memang tak jangka sebab sampai sekarang macam tak percaya dapat jumpa dia. 

“Bertahun-tahun saya menjadikan Zach King sebagai idola dan saya fikir kalau tak pergi ke jumpa dia, mungkin saya akan menyesal.

“Bayangkan dalam waktu singkat macam kelam-kabut dengan tak ada pasport dan tak pernah ke luar negara, tapi saya amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan, syukur. Sikit pun saya tak rasa penat,” ujarnya dengan nada teruja.

Zach King , Jakarta , Youtube , silap mata

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain