suria

Gara-gara jualan gila raya, kecoh ‘rusuhan’ di butik sehingga kasut melayang... “Ibu hamil terpaksa diselamatkan”

Tangkapan skrin video yang tular menunjukkan sekumpulan pelanggan berebut masuk ke dalam sebuah butik sempena promosi Hari Raya.

BAHANG 1 Syawal semakin dirasai apabila orang ramai mula sibuk membeli-belah terutama tarikan  jualan hebat yang ditawarkan di sana sini.

Namun apa yang tidak sedapnya berlaku insiden pintu sebuah butik dirempuh sekumpulan pelanggan semata-mata untuk mendapatkan tawaran diskaun menarik yang dijanjikan.

Menerusi video yang tular, keadaan bertukar kecoh hingga tidak terkawal apabila orang ramai di luar butik bertindak agresif untuk menjadi antara pelanggan terawal tiba di kaunter bayaran bersama baju atau tudung yang ditawarkan.

Dalam keadaan yang huru-hara itu, kedengaran ramai yang menjerit kerana ditolak dengan kuat dan sebaik sebelah pintu dibuka, mereka terus mengejar ‘merembat’ pakaian yang digantung di rak.

ARTIKEL BERKAITAN: Naya! Pemilik butik popular 'lari' selepas desak peniaga tengah sarat siapkan 400 skirt, “Dari nak bersalin, sampai berpantang dia terus hilang”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tragedi' batal order 400 skirt, peniaga dalam pantang ditawar tapak bazar... “Saat ada yang menganiaya, ramai lagi sudi bantu”


Kasut-kasut berselerak di dalam butik.

Kelihatan kasut dan selipar pelanggan ‘melayang’ ke dalam butik kerana kelam kabut menanggalkan kasut sebelum masuk ke premis berkenaan.

Kekecohan itu membangkitkan kemarahan netizen termasuk pelanggan yang tidak berpuas hati terutama mereka yang telah lama menunggu sejak awal pagi.

Bercakap kepada mStar, pengasas butik Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli, tampil memberi penjelasan.

Usahawan berusia 32 tahun ini mengakui insiden yang berlaku dalam kejadian pukul 9 pagi Sabtu adalah di luar kawalan.

Pelanggan tidak melepaskan peluang membeli baju raya dengan tawaran diskaun menarik.

Katanya, kejadian berlaku semasa sesi jualan di butiknya di Setia Alam, dekat Shah Alam, Selangor yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti dari pukul 9 pagi Sabtu sehingga 9 pagi Isnin.

“Saya menyangkal dakwaan insiden yang berlaku disebabkan strategi pemasaran kami. Tiada pihak yang dibayar untuk berebut-rebut di butik.

“Buat apa kami nak upah orang untuk berebut-rebut. Tak kanlah nak bayar kat kaunter pun mereka dibayar. Tapi, kami akui keadaan berlaku di luar kawalan terutama di pintu masuk sebab pintu tu sepatutnya ditolak ke luar tapi pelanggan yang berebut menolak balik ke dalam,” katanya kepada mStar.

Keadaan di kaunter sebelum berlaku kekecohan.

Nur Hidayu berkata, keadaan yang berlaku berpunca daripada tawaran diskaun dan pemberian hadiah istimewa kepada sekumpulan pelanggan terawal.

“Kami menawarkan diskaun 50 peratus untuk satu pembelian bagi 20 pelanggan terawal, power bank percuma untuk 50 pelanggan terawal dan gincu percuma untuk 100 pelanggan terawal.

“Harga baju-baju di butik kami dari serendah RM329 sehingga RM549. Jadi, pelanggan sudah pasti menghargai diskaun 50 peratus yang kami tawarkan,” ujarnya sambil menambah pelanggan ke-21 dan seterusnya berpeluang untuk mendapatkan potongan harga RM50 atau RM100 mengikut pakaian tertentu.

Pelanggan sekali lagi berebut di kaunter untuk menjadi 20 pelanggan terawal.

Dalam pada itu, beliau mengakui insiden tersebut turut menyaksikan seorang pelanggan yang hamil tetapi diselamatkan oleh kakitangannya.

“Pelanggan-pelanggan lelaki di luar pintu seperti di dalam video pula menemani pasangan mereka. Para pelanggan juga berebut di kaunter dan disebabkan mereka tidak beratur, 20 pelanggan yang membayar dahulu yang mendapat diskaun 50 peratus,” katanya sambil menambah lokasi baharu butik miliknya mula dibuka sejak selepas minggu pertama Ramadan.

Buat apa kami nak upah orang untuk berebut-rebut. Tak kanlah nak bayar kat kaunter pun mereka dibayar. Tapi, kami akui keadaan berlaku di luar kawalan. 

NUR HIDAYU

Nur Hidayu yang mengusahakan perniagaan itu sejak 2014 bersama suaminya mengakui terdapat kesilapan yang tidak disengajakan sehingga keadaan menjadi huru-hara.

Beliau berkata, sesi jualan pada Sabtu tidak mempunyai sistem giliran bernombor, tiada penghadang untuk beratur di kaunter, tiada kawalan anggota Rela termasuk tiada kakitangan bertugas di luar pintu masuk, seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Nur Hidayu (kanan) bersama suami, Iskandar Abdillah Suffian. Foto instagram ayuzorkafli_

Bagaimanapun beliau memberitahu keadaan di butik kembali tenang selepas sejam sesi jualan bermula pada pagi Sabtu.

“Sehubungan itu, kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku terutama pelanggan sekiranya ada yang cedera semasa berebut-rebut dan mereka tidak berpuas hati kerana datang awal tapi tak dapat diskaun 50 peratus.

“Kami memberi jaminan insiden itu tidak akan berulang dengan memperbaiki kelemahan dan menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang,” katanya yang bakal mengadakan sesi jualan tanpa henti selama 72 jam pada minggu depan.

Dalam pada itu, beliau mengakui insiden tersebut turut melibatkan seorang pelanggan yang hamil tetapi dapat diselamatkan oleh kakitangannya.

“Pelanggan-pelanggan lelaki di luar pintu butik seperti di dalam video yang tular adalah suami-suami pelanggan yang menemani mereka. Insiden berebut turut berlaku di kaunter dan 20 pelanggan yang membayar dahulu dikira pelanggan terawal yang mendapat diskaun 50 peratus,” katanya sambil menambah sesi jualan sempena pembukaan butik di lokasi baharu dan perayaan Hari Raya.

Dalam pada itu, beliau mengakui insiden tersebut turut melibatkan seorang pelanggan yang hamil tetapi dapat diselamatkan oleh kakitangannya.

“Pelanggan-pelanggan lelaki di luar pintu butik seperti di dalam video yang tular adalah suami-suami pelanggan yang menemani mereka. Insiden berebut turut berlaku di kaunter dan 20 pelanggan yang membayar dahulu dikira pelanggan terawal yang mendapat diskaun 50 peratus,” katanya sambil menambah sesi jualan sempena pembukaan butik di lokasi baharu dan perayaan Hari Raya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain