Berita palsu pendakwah Ismail Kamus meninggal dunia - Viral | mStar

Berita palsu pendakwah Ismail Kamus meninggal dunia

Ismail Kamus.

BERITA kematian pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang tular di media sosial sejak pagi Sabtu adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh menerusi satu posting di Facebook kira-kira pukul 11. 35 pagi Sabtu.

"Berikutan tersebarnya berita Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus dalam keadaan sangat uzur atau tenat dan pagi ini disebarkan berita bahawa beliau telah meninggal adalah tidak benar sama sekali.

"Gambar yang dirakam (berbaju kuning) oleh pihak tertentu adalah sewaktu tuan guru baru saja selesai menjalani pembedahan kecil dan dalam keadaan rehat atau tidur," katanya.

Jelas Abdul Hadi, ketika ini Ismail berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas selamat menjalani pembedahan jantung.

Malah, katanya beliau akan dibenarkan keluar wad sama ada pada petang Sabtu atau Ahad.

"Di waktu ini (Sabtu 11 Mei 2019, 11.20 pagi ) Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, insyaAllah dijangka keluar daripada wad pada petang ini atau esok.

"Harap tidak dipanjangkan berita-berita yang tidak benar dengan situasi sebenar dan mengelirukan orang ramai," katanya.

Terdahulu Ismail dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung pada Khamis.

Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.

“Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ismail Kamus baru dimasukkan bateri di jantungnya, semalam. Sama-sama kita doakan kesihatan buat ulama ummah ini,” katanya.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ismail Kamus , berita kematian , palsu , pendakwah

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain