suria

Seorang 'complain', ramai lagi nak sewa homestay tak ada dinding! “Walau belum siap, ramai dah booking biliknya”

Posting yang dimuatnaik melalui Facebook oleh pelanggan sebuah homestay di Marang, Terengganu.

SETIAP kali ingin bercuti, pemilihan tempat penginapan sangat penting demi memastikan percutian itu selesa dan berjalan lancar.

Baru-baru ini tular gambar sebuah rumah penginapan atau homestay yang tidak mempunyai dinding serta pintu, hanya ditutup menggunakan jaring hitam sahaja, secara tidak langsung dilihat mengundang bahaya kepada penyewanya.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap homestay 'tidak siap' itu dengan mengecam tindakan pemilik yang dilihat sanggup mengenepikan keselamatan penyewa demi meraih keuntungan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Homestay saya bukan tempat maksiat" - Penemuan kotak kondom, katil 'lesap' buat pemilik lebih hati-hati

Pemilik homestay yang terletak di Marang, Terengganu itu, Fatimah Mahmood memberikan penjelasan di sebalik kisah yang dikongsi oleh penyewa berkenaan menerusi satu posting di Facebooknya yang kemudiannya tular.

"Awal-awal lagi saya sudah menjelaskan kepada pihak mereka yang saya hanya boleh sewakannya sebagai sewa bilik sahaja kerana rumah (homestay) belum siap sepenuhnya. Jadi, saya sewakan harga untuk tiga bilik kepada mereka dan bukan harga sebuah homestay.

Keadaan homestay yang belum siap, yang mana tiga biliknya disewa kepada pelanggan.

"Kebetulan mereka pun tidak memaklumkan kepada saya yang mereka akan bawa tiga buah keluarga untuk menginap di sana dan secara logiknya, harga yang saya beri itu memang harga untuk bilik sahaja dan bukannya harga sebuah homestay yang telah siap dan sempurna.

"Dua bilik ada penghawa dingin dan satu bilik ada kipas yang saya sediakan untuk mereka. Bukan itu sahaja, mesin basuh dan peti ais pun saya sediakan walaupun saya hanya sewakan bilik sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar, Isnin.

Menurut Fatimah, kerja-kerja menyiapkan homestay berkenaan terpaksa dihentikan sementara memandangkan kekurangan pekerja menjelang Ramadan dan Syawal.

Bagaimanapun jelasnya, hanya beberapa bahagian dinding yang belum disiapkan, tetapi tiga buah bilik tidur, bahgian dapur, tandas dan ruang tamu sudah boleh digunakan.

Fatimah yang juga merupakan seorang bekas guru turut memberitahu kejadian tersebut berlaku dua bulan lalu (Mac) namun tertanya-tanya kenapa penyewanya hanya membuat perkongsian mengenainya di media sosial baru-baru ini sedangkan dia sendiri telah bersetuju menginap di situ.

"Perkara ini dah lama berlalu pada bulan Mac dan saya terkejut bila dah jadi viral macam ini tetapi saya tak ambil tahu sangat kerana banyak perkara lain saya nak fikir.

Komen anak perempuan Fatimah, Noor Azrina menerusi laman Facebook berhubung kes tular ini.

"Waktu kejadian, mereka dah mengadu pada adik saya tentang keadaan rumah tersebut dan kami juga dah beritahu, kami boleh pulangkan semula duit kepada pihak mereka jika tak setuju untuk sewa bilik tersebut.

"Tetapi sebaliknya, mereka minta harga sewa dimurahkan lagi dan saya setuju untuk berikan harga RM120 untuk tiga bilik selama satu malam," katanya yang juga menetap di Marang, Terengganu.

Fatimah juga mengaku berada di luar kawasan ketika penyewa berkenaan tiba di homestay tersebut kerana menghadiri majlis kahwin di Perak dan urusan penyewaan diambil alih oleh adiknya yang menetap di kediaman sebelah homestay tersebut.

Waktu kejadian, mereka dah mengadu pada adik saya tentang keadaan rumah tersebut dan pihak kami juga dah beritahu, kami boleh pulangkan semula duit kepada pihak mereka.

FATIMAH MAHMOOD

Bercerita lebih lanjut tentang homestay itu, Fatimah, 63, memberitahu walaupun rumah inap yang tidak lengkap itu belum siap sepenuhnya, namun ia tetap mendapat permintaan menjelang musim cuti dan perayaan.

"Saya mempunyai lima buah homestay di sekitar Terengganu dan kebiasaannya homestay saya akan penuh ditempah terutama musim cuti.

Posting yang dimuat naik salah seorang pengguna Twitter yang tular baru-baru ini.

"Walaupun homestay saya yang viral itu belum siap lagi, dah ramai yang booking biliknya lebih-lebih lagi untuk musim raya nanti.

"Jiran-jiran dan orang kawasan sini ramai yang sarankan homestay saya, jadi saya tidak melihat apa-apa masalah pun berkenaan isu viral tersebut," ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
homestay, Terengganu, dinding

Artikel Lain