Lelaki melepas gadis cun yang dulu ditolaknya sebab gemuk, “Saya dah tak ingin kat dia” - Viral | mStar

Lelaki melepas gadis cun yang dulu ditolaknya sebab gemuk, “Saya dah tak ingin kat dia”

Gambar Meeniee sebelum dan selepas mengamalkan diet sihat selama lima bulan. Foto ihsan Syarmine Isa.

TRANSFORMASI luar biasa seorang gadis berbadan gempal kepada seorang yang cantik menawan menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia memuat naik gambar sebelum dan selepas berdepan pengalaman 'patah hati'.

Gadis berasal dari Kuala Lumpur, Syarmine Isa, itu memukau netizen selepas dia berjaya menurunkan berat badan daripada 95 kilogram (kg) kepada 58kg.

Gambar-gambar tersebut yang ditulis berserta kapsyen after all the heartbreak' meraih kira-kira 17,225 ulang kicau dan mendapat lebih 28,000 tanda suka di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis XXL tekad kurus selepas cinta ditolak, tak tahan diejek

ARTIKEL BERKAITAN: Salahkah 'badak, gorila' suka wanita cantik? Kecewa direject tiap kali luah perasaan, akhirnya pemuda ini susut 70kg!

Seorang pelayar Twitter yang memberikan reaksi kepada gambar tersebut berkata, bekas kekasih gadis berusia 24 tahun itu pasti menyesal melihat perubahan terkininya.

Bagaimanapun Syarmine atau lebih mesra disapa Meeniee menjelaskan imej terbaharunya itu tiada kaitan dengan episod putus cinta.

Meeniee memang berbadan gempal sejak kecil.

"Sejujurnya bukan sebab kena tinggal kekasih pun tapi bila masuk first year degree saya teringin nak cantik.

"Saya juga malu sebab selalu beli seluar dekat bahagian lelaki dan sentiasa pakai kemeja saja gara-gara baju perempuan tak muat.

"Tambahan pula adik-beradik saya yang lain semua kurus dan pakai baju lawa jadi saya pun nak cantik macam mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Saya dah biasa kena body shame dengan kawan-kawan. Ada yang panggil saya kontena, badak dan tong gas.

Syarmine Isa.


Pada masa sama, Meeniee berkata dia juga tekad untuk kurus secara sihat gara-gara tidak tahan dengan ejekan rakan-rakannya.

"Saya dah biasa kena body shame dengan kawan-kawan. Ada yang panggil saya kontena, badak dan tong gas.

"Saya malu. Kebanyakan yang ejek tu lelaki, sampai saya cakap kat mereka 'kalau aku kurus, koranglah orang-orang yang aku reject'.

"Ada juga kawan perempuan yang kurang senang dengan perubahan saya. Mereka kata saya tak kurus mana pun, harap putih je, kalau hitam buruk juga," katanya.

Posting Meeniee menjadi tular di Twitter.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata dia mengambil masa selama lima bulan untuk kurus.

"Sebelum Ogos tahun lalu berat badan saya 84 kg tapi paling drastik bulan Ogos tahun lalu juga sebab saya buat workout dan jaga makan.

"Awal Januari lalu saya turun banyak sampai orang tegur saya sakit. Dan sekarang berat badan saya 58kg. Itu juga disebabkan saya heartbreak time study.

"Last semester kira paling susah. Setiap kali ada kelas, lab dan assignment. Ia buat saya sampai nak keluar makan dan nak masak pun tak larat," katanya.

Ditanya sama ada dia gembira dengan perubahannya sekarang, Meeniee berkata dia berpuas hati dan berusaha untuk mengekalkan berat badannya itu.

"Saya puas hati, cuma nak maintain rasa susah. Kadang-kadang saya rasa masih gemuk... rasa insecure.

Meenie berpuas hati dengan berat badannya ketika ini.

"Saya tak amalkan diet atkins mahupun pergi ke gimnasium. Tiada cheatday dalam tempoh lima bulan itu. Saya amat strict dengan makanan yang saya ambil.

"Saya minum air kosong tiga liter sehari. Saya juga buat skipping 500 kali setiap hari dan buat senaman kaki. Total work out sekurang-kurangnya dua jam maksimum setiap hari," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat lelaki cuba mendekatinya sejak perubahan terbaharunya, Meeniee berkata dia pernah didekati lelaki yang pernah disukainya sebelum ini.

"Dia (lelaki) pernah approach saya semula. Dia cakap saya makin cantik dan tanya sama ada saya masih suka dia lagi tak? Saya cakap tak lagi.

"Dulu dia pernah reject saya. Dia pernah cakap "kalau kau kurus baru aku nak kat kau". Tapi sekarang saya dah kurus, saya pun tak ingin kat dia," katanya.

Meeniee berjaya menurunkan berat badannya kepada 58 kg selama lima bulan.

Bagi gadis yang mengalami nasib sepertinya, Meeniee menasihati mereka supaya sentiasa berdisplin dan mengamalkan diet sihat.

"Kalau betul nak kurus kena berdisiplin. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, jangan teruskan.

"Jangan cepat selesa bila berat badan dah turun. Kena konsisten sehingga capai sasaran anda," katanya.

gempal , kurus , diet

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain