4 tahun 'tanam anggur', graduan sains marin beralih ke cendawan, "sehari iklan dah dapat 50 tempahan" - Viral | mStar

4 tahun 'tanam anggur', graduan sains marin beralih ke cendawan, "sehari iklan dah dapat 50 tempahan"

Muhamad Solihin menunjukkan cendawan tiram yang diusahakan di rumahnya.

PERKEMBANGAN teknologi membolehkan urus niaga dalam talian menjadi lebih mudah dan hampir apa sahaja barangan yang diinginkan boleh didapati di hujung jari.

Terkini, kisah seorang penganggur menjadi tular di Twitter selepas dia mengiklankan cendawan tiram yang diusahakannya bersama tiga lagi rakan ke sebuah laman web e-dagang popular.

Perkongsian Muhamad Solihin Mohd Yasin, 25, mengenai kesungguhan dirinya menceburi bidang pertanian meraih perhatian netizen sehingga menerima lebih 4,300 ulang kicau sejak ia dimuat naik pada pagi Khamis.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Terengganu itu pernah buntu mencari pekerjaan yang berkaitan dengan jurusannya selepas bergraduat pada 2016.

Ahmad Solihin memilih untuk mengusahakan cendawan tiram selepas gagal mendapatkan pekerjaan dalam bidangnya pengajiannya.

"Kebanyakan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang saya beroperasi di daerah-daerah besar.

"Jika saya nak kerja juga dalam bidang tersebut, saya kena berpindah keluar dari Batu Pahat, Johor. Tapi, saya tak mahu tinggalkan ibu bapa kerana mereka sudah tua," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Tambah anak bongsu daripada lima beradik itu, dia enggan lagi menoleh ke belakang selepas empat tahun cuba mendapatkan pekerjaan dalam bidang sains marin gagal.

Muhamad Solihin nekad mengusahakan cendawan tiram di kampung halaman kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar.

Cendawan ni hidup dalam bangsal pun boleh. Memandangkan saya tinggal di kampung, saya juga boleh berbakti dengan orang kampung untuk jana pendapatan sampingan.

AHMAD SOLIHIN

"Kalau sayur lain perlukan kawasan tanaman yang luas, tapi cendawan hanya gunakan rak dan boleh disusun sebanyak yang boleh bergantung kepada keluasan ruang.

"Cendawan ni hidup dalam bangsal pun boleh. Memandangkan saya tinggal di kampung, saya juga boleh berbakti dengan orang kampung untuk jana pendapatan sampingan," ujarnya.

Menurut pemuda yang berasal dari Batu Pahat itu lagi, perusahaannya mula menampakkan hasil selepas setahun menanam cendawan tiram sejak awal 2018.

Selepas berasa yakin dengan kemampuan perniagaannya itu, Muhamad Solihin mula mempromosikan cendawan tiram tersebut di platform e-dagang pada Rabu.

Inilah cendawan tiram yang sudah siap dituai.

"Sejujurnya sepanjang setahun kami usahakan perniagaan ini, kami menanggung banyak kerugian.

"Tapi apabila hasilnya sudah mula nampak perkembangan positif, barulah saya berani nak iklankan secara meluas di laman web e-dagang.

"Tak sangka baru sehari saya iklankan di Shopee, dah dapat tempahan 50 bongkah cendawan," katanya.

Harga bagi sebongkah cendawan tiram adalah serendah RM3 dan rata-rata pelanggan menempah sebanyak tiga bongkah bagi sekali penghantaran.

Usahawan muda tersebut turut menasihatkan agar golongan mahasiswa atau graduan supaya tidak terlalu manja yang menghalang mereka mencuba cabang baharu, di luar bidang pengajian mereka.

Menurutnya, dengan cabaran ekonomi semasa, graduan juga tidak boleh memilih pekerjaan sebaliknya harus berani mencipta pekerjaan.

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain