Wanita diarah kosongkan unit PPR terbang guna tiket kelas perniagaan? - Viral | mStar

Wanita diarah kosongkan unit PPR terbang guna tiket kelas perniagaan?

Keratan tiket penerbangan Khalidah bersama suaminya menjadi tular di media sosial.

KEMELUT Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis memasuki episod baharu yang lebih menarik apabila seorang wanita yang terlibat melakukan bantahan pengosongan kediamannya, dikenal pasti sebagai seorang penumpang penerbangan MAS kelas perniagaan.

Khalidah Nazir Ahmad, 63, yang menetap di PPR kos rendah itu dengan kadar sewa RM124, berlepas ke Colombo, Sri Lanka dengan tiket kelas perniagaan pada 18 Mei 2014.

Gambar wanita itu di dalam pesawat yang dimuatnaik di Facebook menjadi tular di media sosial.

Tiket penerbangannya menunjukkan dia merupakan penumpang kerap, oleh itu dia layak dinaik taraf ke kelas perniagaan.

Khalidah ketika ditemui memberitahu dia bekerja untuk sebuah agensi pelancongan dan melancong bersama suaminya yang juga kerani akaun dan pemandu sambilan limusin.

"Namun saya boleh menaik taraf penerbangan kerana abang saya yang memiliki kedai runcit memindahkan pungutan perbatuan kepada saya.

"Apa kaitan perkara itu dengan masalah yang saya hadapi sekarang? Dan orang lain perlu memikirkan hal mereka sendiri," katanya.

Kira-kira 50 penduduk dari lapan unit kediaman PPR di Jalan Zainal Abidin melakukan perhimpunan membantah pengosongan rumah mereka sejak Rabu.

Difahamkan 22 penyewa diarah mengosongkan kediaman masing-masing berikutan hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

PPR , MAS

Artikel Lain