"Pil minda tak menjadikan anda seorang Einstein" - Dr Amalina bimbang guru jual suplemen, manipulasi pelajar - Viral | mStar

"Pil minda tak menjadikan anda seorang Einstein" - Dr Amalina bimbang guru jual suplemen, manipulasi pelajar

Dr Nur Amalina Che Bakri. Foto Instagram Dr Amalina.

AMALAN makan pil minda tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizik Albert Einstein.

Demikian kata doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri selepas dimaklumkan mengenai penjualan 'pil minda' yang didakwa berlaku dalam kalangan guru di sekolah sejak kebelakangan ini.

'Pil minda' adalah produk suplemen berkaitan minda kanak-kanak dan didakwa dapat membantu meningkatkan kecerdasan minda anak-anak dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.

Susulan itu, Dr Amalina menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk mengambil serius perkara ini.

"Saya dimaklumkan terdapat ramai guru menjual 'pil minda' di sekolah.... malangnya... @maszlee sila ambil perhatian. Terima kasih," tulisnya di Twitter.

Menurut Dr Amalina, guru-guru yang menjual 'pil minda' adalah tidak beretika dan perbuatan tersebut perlu dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab.

"Tolong jangan manipulasi pelajar anda dengan membeli produk sedemikian," katanya.

Posting Dr Amalina mengenai perkara itu menjadi tular di Twitter dengan diulang kicau sebanyak 3,408 kali dan mendapat 3,045 tanda suka sejak Jumaat.

Umum mengetahui gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu amat lantang bersuara terutama dalam isu lambakan produk kecantikan dan kesihatan di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah," kata Dr Amalina kepada isteri Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya ‘betul ke arang boleh putihkan gigi’, Dr Amalina jawab!

Jelas Dr Amalina, beliau sendiri tidak pernah mengamalkan makan suplemen seperti itu semasa di bangku sekolah.

"Saya sendiri tak pernah ambil 'pil minda' dan Alhamdulillah saya berjaya dalam akademik," katanya.

Dr Amalina yang kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di United Kingdom (UK) mendedahkan pernah ditawarkan bayaran tinggi untuk mempromosikan produk 'kismis minda' tetapi beliau menolak tawaran tersebut.

"Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, saya juga didekati beberapa syarikat Islamik untuk bekerjasama menghasilkan 'kismis minda' (saya ditawarkan wang yang banyak).

"Dan saya kata tidak kerana saya tidak pernah mengambil produk sedemikian," katanya.

Tiada bukti mengesahkan mengenai keberkesanan produk pil minda. -Gambar hiasan

Pada masa sama, Dr Amalina turut menasihati ibu bapa supaya tidak terperdaya dengan keberkesanan produk tersebut.

"Ibu bapa dan pelajar yang dikasihi, usaha keras adalah kunci (kejayaan), diet sihat seimbang amat penting, pengambilan 'pil minda' tidak akan menjadikan anda seorang 'Einstein'," katanya.

Ditanya mengenai kismis yang didakwa mampu merangsang daya ingatan, Dr Amalina berkata orang ramai digalakkan untuk makan kismis segar.

"Ambil kismis segar, bukan yang sudah diproses dan dibotolkan," katanya.

Dr Amalina , pil minda , kismis , suplemen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain