“Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” - Bapa Sajat - Viral | mStar

“Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” - Bapa Sajat

Pada Rabu, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan

PETALING JAYA: Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Tidak cukup dengan itu, personaliti itu pada Sabtu memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Jakim Dedah Identiti Sajat

ARTIKEL BERKAITAN: “Nama saya bukan Muhammad Sajjad…”

“Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.

“Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khunsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.

Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya.

Paparan skrin perkongsian Sajat di Instagram.

“Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.

“Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa...,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.

Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.

“Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.

Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.

Pada Rabu, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.

"Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.

"Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S... A... J... A... T... Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun," katanya ketika dihubungi mStar Online pada tengah hari Khamis.

View this post on Instagram

saya memang rapat dengan keluarga!!! apa masalah sekali pun,saya tetap mengadu kat mak ayah saya..orang luar tak kan faham apa kita rasa..hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia..bukan wartawan,bukan orang luar,ini mak saya,mak yg melahirkan anak nya..mak saya tahu saya siapa..mak saya kata saya khunsa..saya sedih orang dok hina hina saya..bukan saya nak jadi macam ini..siapa nak di lahirkan serba kekurangan 😢..alhamduillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya 👪👪👪👪👪bila berlaku mcm ini,keluarga tetap support saya..biar lah orang hina kita,keji kita,bercakap macam2 pasal kita..mereka kenal kita dia media sahaja,bukan dia tahu sajat siapa!! takpe sajat,mak ayah ada..orang nak kata apa,kata lah..yang penting mak ayah saya tahu saya siapa..sajat buat jer kerja sajat,jaga anak2,jaga perniagaan,jaga diri.,focus berniaga..kita susah pun orang mengata,kita senang pun orang mengata..asalkan sajat tak ada tipu duit orang..terima kasih mak ayah,time sajat down,keluarga tetap bersama kita...yang baik datang dari Allah,yang jahat datang dari kita..jangan sesekali kita menghina,klu sayang tegur dengan cara kasih sayang..morning semua..love you all..salam semangat dari saya..nursajat ❤️

A post shared by اجرام جت (@ajramjat02) on

Nur Sajat

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain