Pemuda nikahi ibu tunggal anak lima: “Tiada istilah nak tackle anak tersalah tackle mak” - Viral | mStar

Pemuda nikahi ibu tunggal anak lima: “Tiada istilah nak tackle anak tersalah tackle mak”

Gambar perkahwinan pasangan ini menjadi bualan hangat netizen sejak beberapa hari lalu.

PETALING JAYA: Fauziana Salikin iaitu kakak kepada Muhammad Zulhelmie Fikrie Salikin, yang mendirikan rumah tangga dengan peniaga berusia 49 tahun menafikan adiknya mahu memikat anak tiri wanita itu.

Fauziana berkata, adik lelakinya yang berusia 26 tahun itu berkahwin dengan Tina Yusof, 23 tahun lebih tua daripadanya atas dasar suka sama suka.

"Kenyataan seperti yang tular di media sosial tidak benar sama sekali. Adik saya tak pernah nak memikat anak isterinya.

"Adik saya dan isterinya berkahwin kerana suka sama suka. Tiada isitilah nak tackle anak tersalah tackle mak pula," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fauziana turut terkilan dengan netizen yang membuat tuduhan melulu mengenai perkahwinan adik lelakinya itu.

"Mulut orang tak boleh nak tutup. Tak apalah biarlah mereka," katanya.

Fauziana menafikan dakwaan pemilik Twitter Cik Senah Ronggeng.

Pada masa sama, Fauziana mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan adiknya itu.

"Terima kasih kerana mendoakan adik saya dan isterinya. Semoga anda semua juga berbahagia hingga ke syurga," katanya.

Gambar perkahwinan pasangan ini menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu.

Majlis perkahwinan pasangan yang merupakan generasi Felda itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang di sini pada Sabtu lalu.

Tina berstatus ibu tunggal selepas kematian suaminya enam tahun lepas.

Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak 20 tahun lalu mempunyai lima anak berusia 13 hingga 32 tahun dan empat cucu.

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung pada Sabtu lalu.

Difahamkan Tina mengenali Muhammad Zulhelmie Fikrie melalui laman sosial Facebook dan membuat keputusan mendirikan rumah tangga selepas berkenalan dua tahun.

kahwin

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain