Nenek dua cucu sanggup ambil diploma demi jadi ahli terapi - Viral | mStar

Nenek dua cucu sanggup ambil diploma demi jadi ahli terapi

Norreen Iman meraikan majlis graduasi ibunya bersama sepasang anaknya.

PETALING JAYA: Walaupun sudah bergelar nenek kepada dua cucu, ia bukan penghalang bagi wanita ini untuk menuntut ilmu.

Ibu kepada personaliti media sosial Norreen Iman Abdullah berjaya menamatkan pengajian diploma dalam bidang terapi pada usia 58 tahun.

Bagi Norreen Iman, 24, dia amat berbangga dengan kesungguhan ibunya, Nor'aini Jaafar walaupun terbit rasa menyesal kerana dia sendiri pernah berhenti belajar sebelum ini.

Personaliti yang memiliki lebih 262,000 pengikut di Instagram itu pernah menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan.

Norreen Iman

"Saya sangat berbangga dengan ibu saya, dan dia ada tanya sama ada saya menyesal atau tidak kerana berhenti belajar.

"Ibu kata dia yang berusia 58 tahun pun tidak kisah untuk menuntut ilmu tapi kenapa saya boleh bagi alasan susah belajar dulu.

"Saya terasa dengan kata-kata ibu kerana tidak menunaikan impian dia untuk lihat saya tamatkan pengajian, tapi saya dah buktikan yang saya masih boleh berjaya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Bekas pengurus akaun yang memuat naik posting mengenai majlis graduasi ibunya itu telah menarik perhatian netizen sehingga diulang kicau sehingga 11,502 kali.

Nor'aini juga merupakan seorang tukang urut dan memilih jurusan terapi kerana ingin menambah kemahirannya dalam bidang tersebut.

Nor'aini mendukung cucunya ketika meraikan majlis graduasi yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Tambah Norreen Iman, dia membayar semua yuran dan kos sepanjang pengajian ibunya demi melihat impian wanita yang paling disayanginya itu bergelar ahli terapi.

Menurut hos Dunia Sukan itu, ibunya mengambil jurusan diploma secara atas talian selama lebih setahun.

“Saya memang sokong ibu sepanjang dia belajar tu... bila dia ada ujian dalam bahasa Inggeris, sayalah yang akan bantu dia memahami teks dan esei," jelasnya.

Norreen Iman turut berkongsi kata-kata yang menjadi pendorong kepada ibunya untuk terus belajar.

"Ibu selalu cakap,'kalau kita belajar perkara yang kita suka, kita tidak akan rasa masa itu berjalan'," tambah Norreen Iman.

Norreen Iman

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini