suria

Lelaki tanggal seluar buat aksi tak senonoh dalam masjid ada kad OKU, direman empat hari

Lelaki warga tempatan berusia 20-an itu ditahan pada pukul 3.15 pagi, Jumaat.

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, lelaki tempatan berusia 20-an itu ditahan pada pukul 3.15 pagi, Jumaat.

Suspek ditahan di Taman Air Biru, Pasir Gudang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. 

"Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan penduduk Segamat dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Dhuha terganggu... Wanita cabut lari, lelaki tanggal seluar buat aksi tak senonoh dalam masjid!

Menurut Mohd Jumazanzahir, suspek direman sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mStar pada Khamis melaporkan seorang  jemaah wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki ketika berada di masjid itu.

Berdasarkan perkongsian tular di media sosial, kejadian berlaku sekitar pukul 11.30 pagi ketika mangsa berada di masjid untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki berbaju merah itu menanggalkan seluar, memakai tuala sebelum melakukan aksi tidak senonoh sambil sesekali mengintai wanita terbabit bersolat.

Mangsa kemudian tersedar dirinya sedang diperhatikan sebelum dia segera melarikan diri keluar dari ruang berkenaan.

 

Artikel Lain