suria

Intipati Bajet 2023: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

Anwar dijangka membentangkan semula Bajet 2023 pada pukul 4 petang, Jumaat.

BELANJAWAN 2023 Malaysia Madani yang yang dibentangkan hari ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan semula Bajet 2023 bermula pukul 4 petang, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2023: Ini ‘goodies’ daripada kerajaan yang rakyat perlu tahu

Pembentangan hari ini menumpukan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu:

1. Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan

2. Reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan

3. Keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Berikut merupakan intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani:

- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.

- Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500.

- Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.

- RM50 juta ringgit bagi memastikan keadaan yang selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang telah usang.

- Kerajaan akan menyediakan capaian internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat.

file7p2h806nebs8782tou4

RM900 juta disalur untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah.

- Kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar iaitu sebanyak RM36.3 bilion.

- RM120 juta disalur bagi Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta (GP).

- Kementerian Pendidikan Tinggi akan diperuntukkan RM15.3 bilion.

- RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di IPTA.

- Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus.

- Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.

- Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion ketimbang RM52.6 bilion tahun 2022.

file7o33vsdlvufcexpcomb

Peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM1.5 bilion.

- RM920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak.

RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil.

- Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta tahun ini yang memanfaatkan 700,000 murid.

- RM108 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 240,000 ribu murid prasekolah KPM.

- Kerajaan akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 komputer riba.

- RM209 juta bagi mensubsidi pengangkutan udara untuk manfaat mereka.

- Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat hampir 180,000 pengguna.

- RM10 juta disumbangkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

- RM102 juta disediakan sebagai Dana Kandungan Digital.

- RM25 juta bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.

- Dana geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan.

bajet8

Lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

- RM5 juta disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula tahun 2023.

- Peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM1.5 bilion.

- Menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta.

- Sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) and Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) masing-masing diperuntukkan sejumlah RM18.5 bilion dan RM17.7 bilion.

- Lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah KDN.

- RM 2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak.

- RM50 juta turut disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam seluruh negara.

- RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.

- RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa Kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.

- BNM umpamanya menyediakan dana sehingga RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Agrofood.

file7nbsscqg8c4cv9zxmi5

Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi.

- Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.

- Menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

- Kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 sen kepada RM2.70 sekilogram.

- BERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

- Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

- Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

- Kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

- Kerajaan melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

- Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400 ribu penerima.

- Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

file71tztgw7hiu98yir8vg

RM50 juta disalur kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang untuk terus kekal memelihara tapak warisan dunia.

- Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.

- Peruntukan RM50 juta kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang untuk terus kekal memelihara tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

- RM30 juta disediakan antaranya juga untuk meningkatkan daya huni perumahan awam di Kuala Lumpur

- RM1 bilion juga tersedia sebagai dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.

- Sejumlah RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil.

- Kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosi pelancongan.

- Kerajaan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.

file7ot7s4kywz439mfc4ca

RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil.

- RM80 juta disediakan bagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit.

- Kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran sepadan untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang berupaya menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran.

- Kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

- PERKESO menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga RM600 sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan.

- PERKESO akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17 ribu graduan khususnya TVET sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan.

- Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan RM50 juta untuk manfaat lebih 8,000 pelatih.

- Jabatan Bantuan Guaman akan menaikkan had kelayakan mendapatkan bantuan guaman penuh daripada RM30,000 kepada RM50,000.

- Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

- Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50 ribu yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

- Meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion.

- RM50 juta ringgit disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi.

bajet11

NADMA diberi RM150 juta untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

- RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

- Kerajaan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan

- Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion ringgit

- Melanjutkan insentif cukai pendapatan serta elaun cukai pelaburan sehingga 31 Disember 2025 dalam bidang aeroangkasa.

- Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024 bagi menarik pelaburan daripada syarikat yang terjejas akibat Covid-19 untuk beroperasi di Malaysia.

- Pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) ditambahbaik dengan nilai jaminan dinaikkan kepada RM3 bilion sehingga 2025.

- Khazanah pula menyediakan RM150 juta bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk mendukung pasaran karbon dan penghutanan semula.

bajet2121

RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.

- BNM menyediakan dana pinjaman sehingga RM2 bilion bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat PKS menerap amalan rendah karbon.

- Kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli dan veteran tentera dan polis melibatkan peruntukan RM50 juta.

- RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.

- Kerajaan menyediakan RM20 juta ringgit di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk.

- Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA juga disediakan RM50 juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana.

- NADMA disediakan RM150 juta antara lainnya untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

- Bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME), hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

- Kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

- Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

bajet110

Kerajaan akan menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

- Agensi-agensi Kerajaan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.

- RM176 juta bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

- Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan 15

kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.

- Mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain