suria

Lelaki dipercayai gantung diri, alami kemurungan selepas perniagaan terjejas

Mangsa dikatakan mengalami kemurungan kerana syarikat miliknya mengalami kerugian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa menutup operasi. Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 58 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di kipas siling rumahnya di Taman Putra, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat mangsa ditemui oleh isterinya kira-kira pukul 1.45 tengah hari Jumaat (9 Julai).

"Isteri mangsa baru saja pulang daripada membeli barang keperluan sewaktu menemui mangsa di bilik tidur mereka. Anak perempuan mangsa juga ada di rumah tetapi tidak menyedari kejadian tersebut, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kemurungan kerana syarikat miliknya mengalami kerugian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa menutup operasi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mangsa pernah menerima rawatan di hospital swasta. Semakan juga mendapati mangsa menerima suntikan vaksinasi pertamanya pada 14 Jun, " katanya.

Tambah Mohamad Farouk, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, " tambahnya.

Bagi mereka yang mengalami masalah boleh menghubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Pusat Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masyarakat Jakim (WhatsApp 0111-959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia). - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain