suria

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara pulang dari luar negara dikurangkan kepada 10 hari - Dr Noor Hisham

Pengembara yang pulang dari luar negara hanya perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari, berkuatkuasa 14 Disember.

TEMPOH kuarantin wajib bagi pengembara yang pulang dari luar negara dikurangkan dari 14 hari menjadi 10 hari, berkuatkuasa 14 Disember (esok).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan untuk memendekkan tempoh kuarantin wajib itu berdasarkan bukti dan amalan saintifik terkini di negara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara akan jalani kuarantin wajib mulai Jumaat ini

"Berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin oleh negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa, tempoh masa perintah pengawasan dan

pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Dr Noor Hisham mengatakan beberapa negara telah mengkaji tempoh kuarantin mandatori dan memendekkannya kepada 10 hari.

Tambahnya, United Kingdom, Jerman dan Belgium telah memendekkan tempoh kuarantin menjadi 10 hari, sementara di Perancis, tempoh kuanrantin hanya berlangsung selama tujuh hari.

"Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin. Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan," katanya lagi.

Tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dianjurkan setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pakar lain menganggarkan bahawa tempoh inkubasi untuk Covid-19 adalah antara dua hingga 14 hari.

Kajian juga menunjukkan bahawa waktu purata untuk gejala muncul selepas pendedahan adalah lima hari. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain