suria

Covid-19: 1,229 kes positif, lelaki asing 29 tahun antara 4 kematian

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes daripada keseluruhan 1,229 kes pada Ahad. Foto: Bernama

SEBANYAK 1,229 kes positif Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 83,475 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,667 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 1,227 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor masih catat jangkitan tertinggi, 9 lagi korban Covid-19... Malaysia rekodkan 1,937 kes baharu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes, diikuti Sabah sebanyak 333 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 131 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan empat kes kematian pada Ahad.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 415 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Sehingga hari ini, 1,309 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 69,393 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 115 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat enam kluster baharu dikesan pada Ahad, iaitu Kluster Hujung Pasir (Labuan), Kluster Lestar (daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang), Kluster Desa Idaman (Kulai), Kluster Tapak Bina Rimbun (Seremban), Kluster Tanjung Suria (Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) dan Kluster Kuala (Kuantan).

Berikut ringkasan kes kematian pada Ahad:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain