suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita usia 100 tahun antara 3 korban Covid-19 di Sabah, 589 kes baharu direkodkan

Malaysia catat 589 kes Covid-19 pada Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 589 kes baharu, menjadikan keseluruhan 18,129 kes setakat Sabtu

Daripada 589 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat tiga kes import jangkitan luar negara dan selebihnya merupakan penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rentas negeri lawat saudara-mara, Ismail Sabri nasihat individu beri alasan remeh tidak tambah kesesakan di balai polis

Bagi pecahan negeri, Sabah terus mencatat kes tertinggi dengan 304 pesakit positif Covid-19 diikuti Selangor (150), Perak (42), Kedah (31), Pulau Pinang (16), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (9), Labuan (6), Sarawak, Melaka dan Kelantan, masing-masing dua kes dan Putrajaya dengan satu kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 170 kematian.

Perincian kes kematian pada Khamis.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 170 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, 409 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 12,014 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 103 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu hari ini iaitu Kluster Olive (Sabah), Kluster bah Pasir (Negeri Sembilan, Putrajaya), Kluster Bah Pengkalan (Perak) dan Kluster Saguking di Labuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain