Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

Wakil dari TNB Kedah menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf, warga emas dan penghuni-penghuni warga emas di Pondok Tok Guru Haji Rahim, Pendang Kedah.

BERBAKI enam bulan lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya, ia sudah meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada hampir semua insan.

Tidak terkecuali, rakyat di Malaysia turut merasai tempias dek pandemik Covid-19 yang melanda.

Ada yang kehilangan mata pencarian, ada juga terpisah dengan keluarga dan tak kurang yang kehilangan insan tercinta disebabkan wabak berbahaya itu.

Di sebalik duka yang melanda, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki menerusi pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Malah, usaha murni itu sudah digerakkan sepanjang Ramadan lalu bagi menyantuni insan-insan kurang bernasib baik yang terkesan akibat Covid-19.

Seorang penerima dari Kuala Krai, Kelantan menerima sumbangan daripada TNB Kelantan.

Dengan sumbangan bernilai RM4.36 juta, ia ternyata memberi sinar kebahagiaan kepada penerima, sebagaimana TNB menyinari kehidupan kita selama ini.

Antara yang mendapat perhatian tentunya asnaf khususnya fakir dan miskin, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik, Orang Asli dan anak-anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Mazlinda Abdul Manan, salah seorang penerima dari Gerik, Perak, sudah tiga tahun dia menerima bantuan yang disalurkan TNB.

Jika sebelum ini dia menerima keperluan harian seperti barang dapur, sumbangan kali ini pula dalam bentuk wang tunai.

Tidak terkecuali, bilal Masjid Perai, Pulau Pinang iaitu Mohd Pirdaus Mohamad turut berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan kepada dirinya.

“Saya dan ahli-ahli jawatankuasa masjid lain tidaklah begitu terjejas dengan musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Tapi Alhamdulillah TNB beri sumbangan kepada saya. Dapat saya guna pemberian wang sumbangan ini untuk membeli keperluan harian," ujarnya.

Wakil TNB Putrajaya dan Cyberjaya mengagihkan sumbangan kepada 50 penerima sekitar Putrajaya, Pulau Meranti dan kawasan sekitar.

Bukan sekadar bantuan wang tunai, TNB juga sebelum ini ada menjalankan projek solar.

Kata Penghulu Mukim Teloi Kiri, Kedah, Abdul Latiff Ismail, tahun ini pula menyaksikan 250 individu menerima sumbangan wang tunai dari TNB.

"Tahun pertama TNB menjalankan projek solar di Bukit Selambau, bantuan diberi secara terus kepada masjid dan surau untuk penganjuran aktiviti kemasyarakatan. Tahun ini, sumbangan diberi dalam bentuk wang kepada 250 orang.

"Mereka adalah penduduk Kampung Bukit Selambau yang banyak terjejas akibat PKP, termasuk peniaga pasar malam dan pekan pagi yang tak dapat keluar berniaga.

"Saya bagi pihak penduduk kampung memang cukup bersyukur atas bantuan TNB. Untung ada projek TNB, orang ramai pun secara tak langsung dibantu melalui program-program macam ni," ujarnya lagi.

Selain itu, Mohd Baderon Sukiman @ Abdul Patah turut menzahirkan rasa syukur atas sumbangan yang dihulurkan TNB kepada golongan yang memerlukan.

Kata Ketua Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor itu, sememangnya ramai insan terjejas akibat wabak Covid-19 yang melanda.

Siti Rosnani Tuhdiki dari Kampung Jembulang, menerima sumbangan daripada wakil TNB.

"Banyak-banyak terima kasihlah kepada TNB atas pemberian bantuan semasa Covid-19 dan sebelum raya kepada golongan asnaf dan orang kurang upaya di Kampung Labohan Dagang.

"Penduduk kampung, terutamanya anak-anak muda sememangnya terjejas akibat virus Covid-19, memandangkan mereka banyak yang bekerja sekitar KLIA. Pemberian sumbangan ini memang tepat pada masanya. Saya harap sumbangan dapat TNB terus berikan pada tahun-tahun akan datang," ujarnya lagi.

Menerusi usaha murni itu, warga kerja TNB di 13 negeri itu, termasuk 15 stesen-stesennya di setiap pelusuk Semenanjung bertebaran ke merata tempat dari Perlis hinggalah ke Sabah, bagi menyampaikan sumbangan wakalah tersebut.

Lebih 21,000 orang di ratusan kampung dan perumahan menerima bantuan itu termasuk penduduk pedalaman Padang Besar (Perlis), Bukit Selambau (Kedah), Balik Pulau (Pulau Pinang), Kayan (Perak), Banting (Selangor), Lukut (Negeri Sembilan), Masjid Tanah (Melaka), Plentong (Johor), Bentong (Pahang), Batu Rakit (Terengganu), Jeli (Kelantan) dan Keningau (Sabah).

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman, pihaknya cukup terkesan mendengar keluh-kesah mereka yang terhimpit akibat pandemik Covid-19.

Sesi Serahan Bantuan Covid-10 kepada penghuni Perumahan Rakyat (PPR)/Perumahan Awam (PA) di sekitar kejiranan ibu pejabat TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.

Jadi katanya, usaha murni yang digerakkan sendiri oleh warga kerja TNB diharap mampu membantu mereka yang memerlukan.

"Pengagihan ini adalah menyeluruh di perkampungan dan perumahan di setiap negeri, rumah-rumah anak yatim dan kebajikan, kawasan pedalaman dan desa. Ia disampaikan sendiri oleh warga kerja kami termasuk barisan ahli persatuan-persatuan dalaman TNB, atas rasa prihatin mereka.

"Maklumbalas yang kami terima daripada para penerima sangat mengesankan, lebih-lebih lagi mereka yang dihimpit kesukaran akibat pandemik Covid-19, khususnya yang tinggal dalam kawasan bandar, apabila punca pendapatan masing-masing terjejas," jelasnya.

Tambahnya lagi, sumbangan wang wakalah itu turut memberi manfaat buat penduduk miskin bandar di Wilayah Persekutuan dan Selangor seperti di Ampang, Putrajaya, Lembah Pantai, Batu dan Puchong.

Wang wakalah, penerimaan semula daripada pembayaran zakat syarikat itu, diagihkan ke setiap negeri dengan peruntukan antara RM50,000 hingga RM1.3 juta bergantung kepada pulangan wakalah yang diterima di setiap negeri.

Pendekatan ini membolehkan perkongsian lebih merata hingga ke setiap pelusuk Semenanjung, dalam usaha menceriakan dan meringankan kesempitan hidup penerima bagi persiapan menyambut kedatangan 1 Syawal pada 24 Mei lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain