Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

Hasnul (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC menyampaikan replika cek kepada Khairul Anuwar Abu Bakar, wakil Yayasan Pahang, sambil disaksikan oleh Saifuddin (tengah).

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini tetapi sejak pandemik Covid-19, termasuklah mempertingkatkan penggunaan aplikasi Internet dalam usaha sedemikian menjadi lebih relevan daripada sebelumnya.

"Kita telah melakukan semua ini tetapi pandemik Covid-19 mengajar kita untuk melakukannya dengan lebih meluas," kata Saifuddin pada program tanggungjawab sosial korporat #MYNICCARES dan Yayasan Pahang di Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Beliau berkata, MYNIC memainkan peranan strategik dalam membantu usahawan, terutama di luar bandar, dalam mempromosi produk mereka melalui e-perniagaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Ts. Hasnul Fadhly Hasan berkata, program tersebut akan menyasarkan usahawan yang menjalankan perniagaan sendiri.

"Ini akan membantu mereka berkembang bukan hanya di pasaran tempatan tetapi juga peringkat antarabangsa.

"Program yang dijalankan pada tahun lalu menyaksikan beberapa usahawan berjaya melakukannya, dan hasilnya pendapatan mereka meningkat," ujar Hasnul.



Saifuddin (duduk, tengah) dan Hasnul (duduk, dua dari kiri) bersama Pengurusan Tertinggi MYNIC dan Wakil-wakil Yayasan Pahang.

Antara pengisian modul latihan tersebut ialah pembangunan laman web, teknik pengoptimuman enjin carian, pemasaran melalui media sosial dan menambah baik kandungan dalam memasarkan perniagaan.

Menurut MYNIC, lebih 1,000 peserta telah mengambil bahagian dalam program latihan tersebut dari April hingga Disember tahun lalu.

Pada tahun ini, Hasnul berkata, MYNIC meletakkan sasaran seramai 1,200 peserta dari kalangan luar bandar dan kategori orang kelainan upaya (OKU).

"Kita mahu inklusiviti digital. Ini penting kerana terdapat ramai usahawan luar bandar dan OKU yang perlu membawa perniagaan mereka secara dalam talian," kata Hasnul, sambil menambah bahawa MYNIC akan menggandakan usahanya pada tahun depan.

Antara kriteria asas untuk mengambil bahagian dalam program latihan adalah peserta perlu mempunyai produk atau perkhidmatan yang dapat dijual atau dipasarkan kepada pelanggan.

Peserta juga perlu mempunyai pengetahuan asas Internet seperti e-mel dan media sosial serta mempunyai komitmen untuk mengikuti latihan.

Pada majlis itu, MYNIC menyerahkan sumbangan berjumlah RM31,500 kepada Yayasan Pahang, untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan di 21 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kuantan.



Saifuddin memberi ucapan pada program tanggungjawab sosial korporat MYNICCARES bersama Yayasan Pahang.

Hasnul berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan hanya bertujuan untuk memberi bantuan tetapi juga menggembirakan golongan yang memerlukan.

"Wabak Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga menjejaskan sektor ekonomi serta pendapatan individu dan isi rumah.

"Melalui sumbangan ini, kita berharap sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan dan menunjukkan keprihatinan agensi korporat dan kerajaan terhadap kesukaran yang dihadapi mereka," katanya.

Hasnul berkata, MYNIC akan terus melaksanakan program CSR secara menyeluruh dan membantu membangunkan modal insan untuk kesejahteraan masyarakat.

"Penghargaan dan pujian juga harus diberikan kepada Yayasan Pahang, yang menyambut baik usaha kita dan bekerjasama dengan MYNIC untuk merealisasikan program ini," katanya.

MYNIC adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan sentiasa berusaha bagi memperkasakan perniagaan dan industri sebagai sebahagian daripada ekonomi digital melalui pembangunan industri nama domain yang merupakan salah satu infrastruktur ICT di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain