Nak mulakan bisnes, jangan tunggu lama-lama... ketahui 8 soalan yang dapat bantu anda!

Dr Azizan Osman mempunyai keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.

"BILA masa terbaik untuk mulakan perniagaan?"

JIKA sebelum ini ramai yang menangguhkannya dek kesibukan bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk menjalankan perniagaan.

Namun, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan ramai terkesan termasuk segelintir mereka yang makan gaji.

Antara mereka terpaksa bercuti tanpa gaji dan lebih menyedihkan ada yang kehilangan pekerjaan sedangkan mempunyai keluarga, anak bini yang perlu ditanggung.

Sebenarnya, tidak perlu masa yang terbaik untuk memulakan perniagaan. Jika hendak berniaga, seharusnya bermula dari sekarang!

"Perkara paling mahal yang anda boleh kawal adalah mindset anda sendiri," kata Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawan, Dr Azizan Osman.

Sehubungan itu, apa yang paling utama adalah ilmu dan bimbingan yang betul kerana bisnes bukan boleh dibina dalam masa sehari.

"Masalah anda bukan pasal marketing, tapi masalah anda adalah nak keluarkan keberanian dalam diri anda," ujar Dr Azizan yang juga Pengerusi dan Master Coach RichWorks International.

Jangan tunggu sehingga tiada kerja baru terfikir untuk memulakan berniaga, kerana dengan peluang yang ada sekarang adalah lebih baik ia dibina sedikit demi sedikit, tentu dapat menambah punca rezeki daripada gaji kerja yang masih ada dan duit sampingan daripada berniaga.



Bagaimana anda boleh mulakan bisnes sebenar dari kosong?

Dalam situasi hari ini, jangan tunggu sampai diri tiada pekerjaan, tiada pendapatan, sudah mula merasa kesempitan kewangan baru terfikir nak buat persediaan masa depan.

Bak kata pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan', sememangnya amat bertepatan dengan situasi ekonomi ketika ini.

Macam-macam cabaran melanda, dengan pengangguran semakin meningkat dan jika bernasib baik anda masih berpeluang untuk bekerja tetapi dipotong gaji bulanan.

Bagi Dr Azizan yang mengharumkan nama Malaysia menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini, sebenarnya untuk berjaya dalam bisnes adalah mengenai modal diri sendiri.

"Bukan tentang duit tapi tentang modal, bukan modal duit tapi modal diri kita. Tapi adakah kita tahu apa yang kita nak, adakah kita sanggup dibimbing," ujar beliau yang mempunyai keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.

Tiada sesiapa pun yang mahu diuji seperti apa yang berlaku pada hari ini. Tapi apa yang kita boleh lakukan sekarang untuk membantu diri kita dan keluarga? Apa persediaan masa depan kita?



Waktu terbaik untuk mulakan bisnes.

Anda sendiri boleh bertindak sekarang dengan menyertai kelas intensif selama dua hari yang dianjurkan oleh RichWorks.

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, RichWorks banyak membantu ramai usahawan untuk membina dan memulakan bisnes.

Malah ada yang bermula dari kosong sehingga boleh menjana beribu-ribu ringgit untuk seminggu jualan. Wow! Memang menarik dan tertarik bukan?



Bagaimana anda boleh bisnes sambil bekerja?

Bukan setakat anda sahaja... jika anda mengenali sesiapa yang susah, struggle, dibuang kerja, bisnes atau mempunyai tahap kewangan teruk termasuk mereka yang benar-benar hendak dibantu untuk memulakan dan membina perniagaan walaupun dari kosong, mereka boleh mendaftar di NakMulaBerniaga

1. Bagaimana anda mengelakkan kegagalan dalam bisnes?

2. Bagaimana memulakan bisnes dengan tidak banyak modal?

3. Bagaimana bisnes sambil bekerja?

4. Bagaimana hendak menjalankan bisnes sehingga mampu berhenti kerja?

5. Bagaimana hendak memasarkan produk dan servis tanpa banyak modal dengan sifar kos pemasaran?

6. Bagaimana cara pantas nak menjana RM10,000 atau RM100,000 atau lebih sebulan?

7. Bagaimana hendak membuat duit sebagai dropship atau ejen atau stokis?

8. Bagaimana membina bisnes jika anda seorang pengasas?

RichWorks sedia membantu anda, ramai usahawan dan perniagaan kecil dan sederhana untuk survive.

Sertai kelas intensif atau bootcamp selama dua hari dari 6 hingga 7 Jun 2020. Jom layari laman web NakMulaBerniaga sekarang!

Di atas permintaan ramai, RichWorks menawarkan tiket 100% percuma sekiranya anda mendaftar tiga orang. Bagaimanapun, tawaran ini boleh ditutup pada bila-bila masa.

Jika anda mahu mendaftar tiket untuk seorang, anda boleh membuat bayaran dengan hanya RM100.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain