Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

Kempen Jauh di mata, dekat di hati yang diadakan Hong Leong Bank (HLB) memberi keceriaan kepada golongan kurang bernasib baik menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

PENULARAN Covid-19 yang masih berleluasa bukan sahaja mengancam nyawa tetapi turut memberi kesan besar kepada kehidupan seharian kita yang sebelum ini bebas melakukan apa sahaja.

Langkah proaktif kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagaimanapun mula menampakkan hasil positif apabila kes melibatkan virus itu di Malaysia semakin berkurangan.

Namun kini semuanya berubah - tiada lagi gelak ketawa bersama rakan-rakan di kedai mamak, bersiar-siar bersama keluarga di taman rekreasi malah ramai daripada kita kini berhadapan dengan suasana tidak menentu ekonomi termasuklah kehilangan pekerjaan.

Antara golongan yang turut terkesan dengan situasi semasa ini sudah tentu golongan anak yatim dan orang tua yang ditempatkan di pusat jagaan apabila sumbangan serta bantuan sosial juga menunjukkan penurunan akibat Covid-19.

Biasanya apabila tiba bulan Ramadan dan Syawal, kedua-dua golongan istimewa ini pasti akan diraikan dengan meriah namun tahun ini nampaknya ia cukup suram.



Penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim da Warga Miskin Parti, Perak antara yang mendapat manfaat daripada kempen tersebut.

Mana tidaknya, pusat jagaan orang tua dan rumah anak yatim ini biasanya bergantung kepada budi baik masyarakat dan sektor korporat bagi menguruskan serta menyediakan makanan untuk mereka dan suasana ketika ini sedikit menyukarkan orang ramai berbuat demikian.

Menyedari akan hakikat itu, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha bank berkenaan untuk memastikan golongan kurang bernasib baik ini mendapat pembelaan yang sewajarnya di bulan mulia ini.

Atas keperihatinan itu juga, HLB berbesar hati menyumbangkan RM150,000 sebagai penyediaan makanan berbuka puasa pada Ramadan lalu dan persediaan Syawal kepada 10 rumah anak-anak yatim dan penjagaan orang tua terpilih di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda berkata, sejajar dengan komitmen HLB ke arah memupuk nilai tanggungjawab sosial, pihaknya mengakui dan memahami kepentingan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini menghadapi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19.

"Oleh itu, kami berjanji untuk menyediakan makanan dan bantuan kewangan kepada rumah anak-anak yatim dan penjagaan orang tua di negara ini bagi membantu meringankan beban kewangan mereka pada bulan yang berikutnya," katanya.



Menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan adalah sikap mulia.

HLB telah mengenal pasti enam rumah anak-anak yatim dan empat rumah penjagaan orang tua yang menempatkan 475 kanak-kanak serta warga emas di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Sarawak sebagai penerima sumbangan kempen ini.

Sepanjang tempoh Ramadan dan sambutan Raya ini, HLB akan menyampaikan sumbangan berjumlah RM150,000 yang berupa baucar bernilai RM35,000 bagi membolehkan rumah-rumah berkenaan membeli makanan untuk kanak-kanak dan warga emas dengan mudah dan selamat menerusi perkhidmatan e-penghantaran seperti foodpanda.

Manakala baki RM115,000 akan disampaikan dalam bentuk tunai bagi membantu meringankan beban rumah-rumah berkenaan, sumbangan tersebut boleh digunakan untuk membeli makanan dan barangan penjagaan kebersihan serta barangan keperluan untuk Ramadan dan Aidilfitri semasa tempoh pandemik ini.

“Kehadiran Ramadan memberi peluang kepada kita bukan sahaja untuk menilai semula keadaan semasa tetapi juga tampil membantu mereka yang memerlukan.

"Sebagai rakyat Malaysia, tiada cara yang lebih baik untuk membantu sesama kita selain daripada membawakan senyuman ke wajah-wajah mereka yang kurang bernasib baik ini menerusi amalan-amalan mulia sebegini.



Warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia Semenyih Selangor juga tidak dilupakan pada saat genting ketika ini.

"Ia akhirnya dapat membina dan mengukuhkan lagi nilai teras kita sebagai sebuah masyarakat yang tidak akan membiarkan walau seorang pun terabai. Itulah semangat sebenar rakyat Malaysia yang perlu kita pupuk terutama sekali dalam tempoh yang serba mencabar ini, ” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Hong Leong Bank, Zalman Zainal.

Susulan pelanjutan tempoh PKPB baru-baru ini, golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan ini semakin terhimpit akibat kekurangan derma serta bantuan.

Kempen ‘Jauh di Mata, Dekat di Hati’ ini membuka jalan untuk semua rakyat Malaysia agar dapat sama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan, kerana walau sekecil mana pun sumbangan yang dihulurkan ia tetap memberi makna yang amat besar.

Sambil kita melangkah ke dalam era ‘normal baru’, HLB mengajak seluruh rakyat agar sama-sama membawakan keceriaan ke dalam kehidupan golongan yang kurang bernasib baik ini supaya kita dapat meraikan semangat Ramadan dan Syawal sambil membangunkan negara dengan melakukan amalan-amalan mulia seumpama ini.

10 penerima sumbangan berkenaan ialah:

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Dhuaga’ (Lilbaanat) Siti Aminah, Kelantan

Pusat Jagaan Permata Kasih, Pulau Pinang

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Parit, Perak

Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Selangor

Pusat Jagaan Nur Hassanah, Selangor

Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Selangor

Pusat Jagaan Al-Fikrah, Selangor

Pusat Rawatan & Jagaan Al-Ikhlas, Selangor

Rumat Bakti Nur Syaheera, Kuala Lumpur

Pusat Jagaan Nur Murni, Sarawak

Sebagai tambahan, ekoran pelanjutan tempoh PKPB, pelanggan boleh menunaikan tuntutan agama dan membayar zakat serta zakat fitrah dengan selamat dan mudah dari rumah mereka melalui Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect dan Aplikasi Connect, satu kaedah selamat untuk membayar zakat yang mengutamakan kemudahan pengguna.

Bank pada ketika ini turut menjalankan kempen ‘Skim Kafala Muzakki’, sebuah inisiatif oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), bagi membantu meringankan beban serta kos-kos berkaitan yang ditanggung oleh golongan asnaf setelah mereka kehilangan ahli keluarga yang membayar zakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi www.zakat.com.my/kafalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Raya HLB dan bagi menyalurkan bantuan kepada rumah kebajikan yang dinyatakan, sila layari www.hlb.com.my/raya.

Untuk menonton video ‘Jauh di Mata, Dekat di Hati’, sila kunjungi laman Facebook HLB ataupun di Instagram.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain