suria

Imam masjid nak jemput Sugu Pavithra masak kari kepala ikan untuk sambutan raya hujung tahun ini

YouTuber masakan, S.Pavithra (kanan) bersama suaminya M.Sugu. Foto: Bernama

NAMA Sugu Pavithra cukup dikenali pada ketika ini.

Populariti yang diraih pasangan YouTuber itu dalam sekelip mata membuatkan nama mereka sering terpapar di laman media tempatan.

Terbaharu, seorang imam masjid menyatakan hasratnya untuk mengundang S.Pavithra bagi menyediakan hidangan kari semasa sambutan Hari Raya yang bakal dianjurkannya pada akhir tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih PM” - Sugu Pavithra

ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih Sugu dan Pavithra, kamu buka mata teman tentang erti kebahagiaan!

Norizanuddin Md Tahir, Imam Masjid Kampung Baru, Alor Gajah berkata, pelawaan itu secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara dua budaya.

"Bagi saya, dia adalah rakan saya dari Malaysia, dan saya bangga dengan pencapaiannya dalam jangka masa yang singkat dia telah bergelar sebagai YouTuber," katanya.

Norizanuddin, yang menguruskan Madrasah Tahfiz Baitul Nur di Alor Gajah berkata, dia terpaksa menangguhkan sambutan Aidilfitri sehingga hujung tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya berhasrat menganjurkan sambutan secara kecil-kecilan selepas wabak Covid-19 reda.

"Sugu Pavithra dapat membantu melatih para sukarelawan saya dalam menyediakan hidangan kari yang lazat untuk sambutan itu terutama hidangan kari kepala ikan," katanya.

Norizanuddin berkata, dia gemar menonton video wanita itu bersama suaminya yang begitu merendah diri ketika menyediakan hidangan di YouTube.

"Saya dibesarkan dalam kejiranan berbilang kaum.

"Ada ketika keluarga saya terpaksa berkongsi makanan dengan jiran Cina dan India kerana kemiskinan kita ketika itu.

"Tambahan pula, Islam mengajar kita untuk bersikap adil kepada semua orang tanpa melihat status, bangsa, agama atau keturunan mereka," tambahnya.

S.Pavithra, 28, dari Sungai Siput, Perak menjadi perhatian netizen ketika ini menerusi video pelbagai jenis masakan yang dimuat naik di YouTube.

Kepetahannya bertutur dalam Bahasa Melayu bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sugu, Pavithra, YouTube, imam

Artikel Lain