110 kes baharu Covid-19 dicatatkan, jumlah terkini di Malaysia 900 kes - Semasa | mStar

110 kes baharu Covid-19 dicatatkan, jumlah terkini di Malaysia 900 kes

Pemakaian topeng muka dilihat semakin menjadi kebiasaan susulan penularan Covid-19. Foto Bernama

SEBANYAK 110 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah terkini jangkitan virus itu di Malaysia sebanyak 900 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berdasarkan siasatan awal, 63 kes daripada 110 kes itu berkaitan dengan kluster daripada perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

"Sehingga kini, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

Beliau turut menjelaskan bahawa sebanyak 15 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis, menjadi jumlah keseluruhan yang telah sembuh seramai 75 orang.

Sehubungan itu, Dr Adham menasihatkan rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi dengan 223 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 123 kes dan Sabah 112 kes.

Covid-19

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain