suria

12 lagi dijangkiti Covid-19, terkini Malaysia catat 129 kes

Sehingga kini terdapat 84 unit Thermal Scanner di seluruh negara.

PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia mencatatkan 12 kes baharu pada Selasa.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seramai 129 orang setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pulang dari Iran dijangkiti Covid-19, terkini Malaysia catat 117 kes

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi sidang media di terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa malam.

"Pada waktu ini saya telah dimaklumkan bahawa setakat ini, kita mempunyai 129 kes yang telah kita kesan sebagai positif.

"Semalam (Isnin) ialah 117 kes dan kita dapat 12 kes terbaharu yang mana kita kesan melalui kontak," ujarnya.

Dr Adham sewaktu sidang media di KLIA.

Selain Dr Adham, sidang media itu turut disertai Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, dan Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang.

Mereka melakukan lawatan kerja ke KLIA untuk melihat Thermal Scanner iaitu alat pengesan suhu badan manusia sebagai saringan pertama bagi pelawat yang masuk menerusi Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Sehingga kini terdapat 84 unit Thermal Scanner di seluruh negara.

Dalam pada itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) turut mengumumkan 25 orang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada wad.

Setakat hari ini, China mendahului dengan 80,905 kes Covid-19 diikuti Itali (9,172 kes) dan Korea Selatan di tangga ketiga dengan 7,478 kes.

Artikel Lain