Syed Saddiq terpaksa lompat pagar selamat diri, dakwa diserang lebih 200 individu berlagak gengster - Semasa | mStar

Syed Saddiq terpaksa lompat pagar selamat diri, dakwa diserang lebih 200 individu berlagak gengster

Majlis dihadiri Syed Saddiq dicemari insiden tidak diingini pada Jumaat malam.

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya dan beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa melarikan diri selepas diserang sekumpulan individu ketika menghadiri satu perjumpaan di Ulu Tiram, Johor pada Jumaat malam.

Perkara itu dijelaskan Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM dalam satu kenyataan di Instagramnya.

Menurutnya lagi, perjumpaannya bersama ahli Armada dan Srikandi PPBM turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat daripada kira-kira 200 individu berlagak seperti gengster.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tak sia-sia rakam muka dekat dengan kamera, bantahan Syed Saddiq dapat perhatian... perdana menteri setuju tangguh pekeliling baharu!

"Malam ini diganggu sekumpulan individu (sekitar lebih 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gengster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini. Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis," katanya.

Jelas Syed Saddiq lagi dia tidak tahu menahu mengenai punca sekumpulan individu itu menimbulkan kekecohan dalam majlis yang dihadirinya itu.

Syed Saddiq memuatnaik satu kenyataan di Instagramnya berhubung insiden itu Jumaat malam.

"Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya?  Saya berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Malah Syed Saddiq berkata, tindakan itu memaksanya dan pimpinan lain keluar melalui jalan belakang kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.

"Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gengster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.

“Terima kasih Armada Johor, terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut mengingatkan mereka yang bertanggungjawab dalam insiden itu bahawa negara mempunyai undang-undang dan tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada perlembagaan.

"Saya ingin ingatkan mereka yang disebalik tabir. Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah.

"Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain. Ini Malaysia. Malaysia milik semua," katanya.

Syed Saddiq menerusi satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat berhubung insiden itu.

Syed Saddiq , Armada PPBM , gengster , lompat pagar

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain