Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019 - Semasa | mStar

Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019

Dr Azizan (tengah) menerima anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders daripada Ruchi Dana dan bagi Richworks International Sdn Bhd, Pengasas Bersama Jerry Rizal (kiri) menerima anugerah bagi Top 100 Marketing and Advertising Companies.

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau merupakan anak Melayu tempatan sulung yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019).

Penganugerahan berprestij sempena persidangan yang diadakan bermula 16 hingga 18 Disember ini di Le Meridien, Dubai turut menyaksikan syarikat yang diasaskan Dr Azizan iaitu Richworks International Sdn Bhd, menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies.

RichWorks International merupakan syarikat Malaysia pertama yang menerima anugerah antarabangsa di persidangan pertama MADcon Dubai 2019.

Dr Azizan segak berbaju Melayu hitam yang merupakan baju kebangsaan lengkap bersongkok dan bersamping hitam keemasan, sementara semua delegasi berpakaian sut.

Pada majlis berkenaan, Dr Azizan juga memberikan ucapan dalam Bahasa Melayu.

Dr Azizan menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders.

Penganugerahan ini disifatkan antara kepujian tertinggi bagi industri pemasaran global, yang mana ia dinilai secara profesional oleh barisan juri antarabangsa dan Lembaga Penasihat MADcon yang terdiri daripada pakar industri terulung.

Dr Azizan yang juga Pengerusi dan Master Coach RichWorks International turut menjadi salah seorang penyampai ucaptama pada hari pertama persidangan pada Isnin baru-baru ini.

Beliau menyampaikan topik ‘Why Community Building & Event Marketing Are The Most Effective Ways To Get Loyal Audiences?’ (Mengapa Pembangunan Komuniti & Pemasaran Acara Adalah Kaedah Paling Berkesan Untuk Mendapatkan Pelanggan Yang Setia?).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif RichWorks International, Hasnita Ahmad berkata, Dr Azizan menetapkan standard untuk inovasi dalam pendidikan dan pemasaran bagi pertumbuhan keusahawanan di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Malah menurutnya, Dr Azizan dianggap sebagai jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran nombor satu di rantau Asia.

“Pengiktirafan global ini adalah bukti keterampilan, kepintaran, dan visi Dr Azizan Osman untuk memperkasakan individu dan membantu mereka membina legasi perniagaan.

“Bersama dengan RichWorks International, kami komited untuk berusaha mencapai kecemerlangan untuk pelanggan kami dalam semua perkara yang kami lakukan,” katanya.

Dr Azizan terkenal dengan keupayaan unik untuk membimbing anak didiknya sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam perkembangan diri atau perniagaan.

Dr Azizan ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Why Community Building & Event Marketing Are The Most Effective Ways To Get Loyal Audiences?’.

Ratusan ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sejak ditubuhkan 11 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman dan yang menarik, lebih 650,000 peserta telah menghadiri 1,500 lebih seminar dan program anjuran RichWorks.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Dr Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam sehingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

MADcon Dubai 2019 yang berlangsung selama tiga hari dan dianjurkan oleh Prism Events itu menyaksikan penyertaan lebih 500 perwakilan antarabangsa.

Persidangan antarabangsa tersebut memberi peluang pembelajaran dan perkongsian rangkaian di mana lebih 50 pakar industri dari seluruh dunia berkongsi tentang pengalaman perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang amat berkesan dan efektif.

Untuk menonton video penuh Dr Azizan menyampaikan ucaptama dan menerima penganugerahan berprestij terhadap beliau dan Richworks International sempena MADcon Dubai 2019, boleh layari laman web: www.richworks.com/megalive.

Dr Azizan Osman , Richworks , Dubai , MADcon

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain