CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global - Semasa | mStar

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

Calon boleh memilih tuisyen dalam talian atau secara bersemuka untuk melengkapkan pilihan pembelajaran bagi pengajian jarak jauh.

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Ia bukan sahaja membantu anda mendapat peluang yang lebih meluas, malah lebih menarik.

Tanpa mengira situasi sama ada anda baru menamatkan pengajian dengan kelulusan ijazah atau merancang untuk bercuti daripada bekerja selama setahun untuk menaik taraf mahupun memperoleh kelayakan profesional dalam bidang tersebut, terdapat sijil yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Bagaimanapun, terdapat kekangan dalam memperoleh akreditasi profesional, antaranya adalah beberapa sijil profesional memerlukan pengalaman kerja terlebih dahulu sebelum mendaftar dan program tersebut boleh mengambil masa selama beberapa tahun.

Ia sekali gus menjadikan masa yang lebih lama diperuntukkan di luar tenaga kerja dan kos lebih tinggi bagi membiayai pengajian dan kos sara hidup anda.

Namun, dengan adanya Program Akauntan Awam Bertauliah (CPA) yang diperkenalkan di bawah CPA Australia, anda kini berpeluang untuk melalui proses yang lebih pantas bagi mencapai kelayakan perakaunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

CPA Australia merupakan salah satu badan perakaunan terbesar di dunia, dengan keanggotaan lebih 164,000 ahli secara global, yang berkhidmat di lebih 150 rantau dan negara di seluruh dunia.

Program CPA ditawarkan untuk pengajian penuh atau separuh masa dan memberi peluang untuk melengkapkan program dalam tempoh 12 bulan.

Program berkenaan turut mengintegrasikan pendidikan dan pengalaman menggunakan bahan kontemporari dan antarabangsa yang relevan untuk memberikan anda pemahaman mengenai isu dinamik yang dihadapi oleh organisasi hari ini.

Satu kursus untuk semua

Program CPA adalah tepat buat anda sekiranya mahu membina kerjaya berdasarkan kemahiran perakaunan profesional yang boleh membuka peluang kepada pelbagai peranan di seluruh dunia.

Berdepan masalah kekangan masa dan kesibukan? Anda boleh menanganinya dengan memilih untuk melengkapkan Program CPA mengikut garis masa anda sendiri dalam tempoh enam tahun dan tahap sokongan yang anda perlukan untuk pilihan pengajian sepenuh masa atau fleksibel.

Program CPA sepenuh masa kini dilakukan di Malaysia oleh penyedia program tuisyen CPA Australia - Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) dan Pusat Kecemerlangan Perakaunan (CAE) Sunway TES.

Pelajar antarabangsa juga boleh mendaftar dalam program ini menerusi UniRazak dalam tempoh yang sama.

Jangan bimbang sekiranya program sepenuh masa tidak sesuai dengan keperluan semasa anda.

Calon-calon boleh memilih antara pilihan pengajian fleksibel yang ditawarkan oleh Program CPA seperti pengajian jarak jauh atau melalui kombinasi ijazah sarjana.

Calon juga boleh memilih tuisyen dalam talian atau secara bersemuka untuk melengkapkan pilihan pembelajaran bagi pengajian jarak jauh.

CPA Australia menjalinkan kerjasama dengan penyedia yang diiktiraf untuk menyampaikan khidmat tuisyen secara bersemuka untuk Program CPA bagi membantu pelajar yang berkembang maju dalam persekitaran kelas dengan hubungan langsung dengan pemudah cara.

Pembekal tuisyen di Malaysia adalah Noesis Exed, Sunway TES, Universiti Teknologi Swinburne kampus Sarawak dan UniRazak.

Sekiranya anda berada di Singapura, institut pendidikan Kaplan Learning Institute juga menyediakan perkhidmatan tuisyen buat anda.

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi anda yang mempunyai latar belakang dalam perakaunan, perbankan dan kewangan serta mahu memperoleh penarafan CPA yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sertailah Program CPA dalam tempoh singkat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat CPA Australia Malaysia di 03-2267 3388, e-mel kl@cpaaustralia.com.au atau layari www.cpaaustralia.com.au/bcpa

CPA Australia , CPA , UniRazak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain