Kebocoran radioaktif di Pos Aviation di Sepang, operasi dihenti sementara - Semasa | mStar

Kebocoran radioaktif di Pos Aviation di Sepang, operasi dihenti sementara

Suasana di sekitar lokasi kejadian. FOTO: BERNAMA.

KEBOCORAN radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation Cargo di Sepang, Selangor pada Khamis mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya.

Pos Aviation yang mengendalikan perkhidmatan logistik darat mengesahkan kejadian kebocoran radioaktif itu dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Kebocoran Radioaktif Di Kilang Sarung Tangan - Bomba

"Sebagaimana diarahkan oleh pihak bomba KLIA, semua petugas telah dipindahkan daripada bangunan terminal dan semua operasi dihentikan sementara sehingga notis selanjutnya,” katanya.

Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi juga mengesahkan berlaku satu kejadian kebocoran radioaktif di Sepang dan keadaannya dilaporkan terkawal.

Seorang petugas di Pos Aviation ketika dihubungi memaklumkan melihat Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM berada di tempat kejadian.- BERNAMA

radioaktif , Pos Aviation Cargo

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain