suria

Terima kasih Tun M, semua - Anwar

Anwar ketika menjawab pertanyaan pemberita ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama

DATUK Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada semua pihak, di atas sokongan mereka bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri seterusnya.

"Terima kasih, terima kasih. Terima kasih kepada rakyat, Pakatan Harapan dan Tun M," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Anwar mengulangi bahawa perkara tersebut telah diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi.

Ketika ditanya cubaan pihak tertentu yang mahu menghalang beliau daripada menjadi perdana menteri seterusnya, presiden PKR itu berkata: "Kita tak boleh halang".

"Saya tak ada masalah. Kita hanya tumpukan kerja kita," katanya, sambil menambah bahawa tidak akan terganggu dengan perkara tersebut.

Anwar turut memberitahu bahawa tiada pemimpin Pakatan atau parti lain yang menamakan calon lain untuk jawatan itu.

Dalam wawancara bersama Sydney Morning Herald yang diterbitkan pada Isnin, Dr Mahathir berkata, beliau akan memberi laluan kepada Anwar sebagaimana yang dipersetujui. - The Star



Artikel Lain