suria

Intipati Belanjawan 2020

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat.

BELANJAWAN 2020 yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng pada pukul 4 petang, Jumaat.

Ia merupakan kali kedua beliau membentangkan belanjawan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun lalu.

Rakyat Malaysia turut berkongsi harapan dan keinginan mereka untuk Belanjawan 2020 termasuk hasrat melihat pelaksanaan inisiatif sosioekonomi yang memberi kesan secara langsung terhadap transformasi digital yang berterusan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Belanjawan 2020 bertemakan "Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama".

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2019: ‘Kita minta rakyat korban sedikit sahaja’


Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di Parlimen pada Jumaat. 

Berikut adalah perkara utama yang diumumkan beliau untuk Belanjawan 2019:

-Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. 

-Bantuan Khas Kewangan RM250  untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.

-RM330 juta diperuntukkan untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam.

-RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

-RM250 juta untuk kuarters PDRM.

Bantuan Khas Kewangan RM250  untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.

-Bayaran secara one-off RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

-Semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan.

-Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020.

-Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

-Faedah Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.

-Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

-Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020.

-Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

-Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam.

-RM50 juta diperuntukkan kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menambahbaik prosedur dan kemudahan tahanan, khususnya pemasangan 11,500 kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.

-Kerajaan akan menambah 100 orang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2020.

-Mulai Januari 2021, Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.

-Tribunal Rayuan Cukai akan ditubuhkan daripada penggabungan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan Tribunal Rayuan Kastam.

-Kadar cukai pendapatan PKS telah dikurangkan kepada 17% pada 2019 dan had pendapatan bercukai akan dinaikkan kepada RM600 ribu.

-Banjaran baharu bagi pendapatan bercukai melebihi RM2 juta akan diperkenalkan dan dikenakan cukai pada 30% (berbanding 28% sekarang).

-Defisit fiskal sebanyak 3.7% dicatat pada tahun 2018 dan diunjur mencapai sasaran defisit 3.4% pada tahun 2019.

-Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menerbitkan bon Samurai pada awal tahun depan, di mana saiznya akan ditentukan selepas perbincangan lanjut dengan JBIC.

-Kerajaan telah  mengurangkan kadar nisbah hutang dan liabiliti negara berbanding KDNK daripad 79.3% KDNK pada tahun 2017 kepada 75.4% pada tahun 2018.

Bagi memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semulajadi Malaysia, Kerajaan akan memperuntukkan  RM48 juta bagi tujuan tersebut di mana RM10 juta akan dikhususkan kepada sektor swasta melalui geran padanan.

-Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan kepada RM16.9 bilion untuk 2020.

-RM10 juta untuk dana padanan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) antara Kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membiayai inisiatif SDG di Malaysia.

-RM20 juta disediakan untuk melantik renjer dari kalangan askar yang telah bersara dan masyarakat Orang Asli setempat bagi melindungi flora dan fauna.

-RM15 juta kepada Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan NGO lain bagi melindungi harimau Malaya dan orang utan yang kini terancam.

-Bagi memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semulajadi Malaysia, Kerajaan akan memperuntukkan  RM48 juta bagi tujuan tersebut di mana RM10 juta akan dikhususkan kepada sektor swasta melalui geran padanan.

RM20 juta disediakan untuk melantik renjer dari kalangan askar yang telah bersara dan masyarakat Orang Asli setempat bagi melindungi flora dan fauna.

-Dana Bantuan Bencana  RM100 juta akan menyediakan pinjaman pada kadar faedah 4% untuk petani yang terkesan akibat bencana alam.

-RM443.9 juta diperuntukan untuk Rancangan Tebatan Banjir dan RM150 juta untuk menyelenggara pengurusan kolam takungan banjir sedia ada.

-RM30 juta akan diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia.

-Peruntukan sebanyak RM10 juta ringgit untuk pembangunan atlet wanita.

-RM45 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

-RM179 juta akan diperuntukkan untuk persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik.

-RM299 juta untuk pelaksanaan Program Sukan Untuk Semua.

Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki: pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30% atau RM3 bilion.

-Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk membaik pulih perumahan awam berstrata kos rendah dan sederhana.

-Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 
31 Disember 2021.

-Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki: pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30% atau RM3 bilion.

-Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

-Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.

-Bagi pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, Kad95 membolehkan mereka menikmati subsidi 30sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

-Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30/bulan untuk pemilik kereta atau RM12/bulan untuk pemilik motosikal. Dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Caj kesesakan di mana caj pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak, akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun.

-Program Subsidi Petrol Bersasar: setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja. Kelayakan kenderaan:

1) Kereta dengan kapasiti enjin <1,600cc dan ke bawah

2) Kereta dengan kapasiti enjin >1600cc yang berusia lebih 10 tahun

3) Motosikal dengan kapasiti enjin  <150cc

4) Motosikal dengan kapasiti enjin >150cc yang berusia lebih 7 tahun

-Mulai 1 Januari 2020, kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.

-Caj kesesakan di mana caj pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak, akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun.

Program Subsidi Petrol Bersasar: setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.

-4 lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART) akan diambilalih.

-Rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.

-Liputan PeKa B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun dan ke atas.

-MySalam akan dipanjangkan kepada:

1) Perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio.

2) Individu yang berumur sehingga 65 tahun.

3) Individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu.

-MySalam diperluaskan supaya mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal, mereka akan menerima bayaran tunai sebanyak RM8 ribu. Yang dirawat di hospital kerajaan, bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari boleh dituntut.

Peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

-RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli.

-RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO.

-Peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

-RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.

-Sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Klinik baharu akan dibina di Setiu, Sungai Petani dan Cameron Highlands serta Kudat dan Tawau di Sabah, dan Long San dan Sungai Simunjan di Sarawak.

-RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan  Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

Peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

-Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

-Bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir.

-Elaun ditingkatkan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada RM100 sebulan untuk 33,200 guru KAFA.

-Peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri  ditingkatkan kepada RM1.3 bilion.

-Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM5.9 bilion bagi program TVET.

RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan  Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

-Kerajaan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk membaikpulih sekolah daif.

-Kementerian Pendidikan terus menjadi penerima peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion pada tahun 2019 kepada RM64.1 bilion pada tahun 2020.

-Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA.

-#PrantisKerja: elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET.

-#WatanKerja: Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

-#WanitaKerja: insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300. Pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.

-#GraduanKerja: Insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan.

-#MalaysiaKerja bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. 

-Kerajaan akan menggandakan lagi kadar pemberian khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

-Sejak tahun 1969, kadar Pemberian Khas untuk Sabah dan  Sarawak belum pernah disemak semula.

-Buat pertama kalinya, Kerajaan Pakatan Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

-RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan.

-RM1.1 bilion diperuntukan kepada MOTAC untuk memenuhi hasrat Tahun Melawat Malaysia 2020.

-RM10 juta untuk menubuhkan Agensi Pengurusan Penyelidikan.

-Kerajaan juga akan memperuntukkan RM30 juta geran padanan R&D bagi meningkatkan nilai tambah dalam penggunaan minyak sawit.

-RM524 juta diperuntukan untuk menggiatkan R&D sektor awam.

RM1.1 bilion diperuntukan kepada MOTAC untuk memenuhi hasrat Tahun Melawat Malaysia 2020.

-Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0.

-Kerajaan meningkatkan peruntukan input padi sebanyak RM855 juta bagi tahun 2020 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP).

-Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi.

-Kerajaan memperuntukkan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.

-Elaun Sara Hidup Nelayan ditingkatkan kepada RM250 sebulan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0.

-Kerajaan telah meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada RM4.9 billion.

-RM738 juta untuk RISDA dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

-Peruntukan RM810 juta khusus untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

-RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah. RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Elaun Sara Hidup Nelayan ditingkatkan kepada RM250 sebulan.

-Penggunaan Biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2020.

-Kerajaan akan memperuntukkan RM27 juta untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

-Kerajaan telah melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM550 juta untuk pekebun kecil.

-Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau (GITE) dilanjutkan sehingga 2023 sehala dengan pertumbuhan hijau.

Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST. 

-Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diwujudkan untuk membangunkan ekosistem kewangan Islam.

-Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1200/bulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020.

-Penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, Danajamin Nasional, SME Bank dan Bank Eksport-Import Malaysia bagi menstruktur semula Institusi Kewangan Pembangunan (DFI).

-Bank Pembangunan Malaysia menawarkan subsidi faedah melalui:

1) Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan

Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1200/bulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020.

2) Dana Maritim & Logistik 

3) Dana Transformasi Pendigitalan  Industri-Geran sebanyak RM445 juta untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera.

-Galakan cukai bagi modal teroka dan pelabur mangkin (angel investor) dilanjutkan sehingga tahun 2023.

-Kerajaan memberi peruntukan tambahan RM50 juta kepada MyCIF untuk memanfaatkan platform kewangan digital ECF dan P2P.

-Rangka kerja pelesanan bank digital akan dimuktamadkan oleh Bank Negara dan dibuka untuk permohonan pada separuh pertama 2020.

Galakan cukai bagi modal teroka dan pelabur mangkin (angel investor) dilanjutkan sehingga tahun 2023.

-Siling Geran Pembangunan Pasaran (MDG) oleh MATRADE dinaikkan kepada RM300 ribu. Siling penyertaan pameran eksport turut ditingkatkan kepada RM25 ribu. RM50 juta untuk menggalakkan PKS menyertai aktiviti promosi.

-RM10 juta untuk memberi tumpuan kepada khidmat nasihat dan kesedaran industri halal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

-SME Bank akan memperkenalkan dua dana baharu:

1. RM200 juta khusus untuk usahawan wanita

2. RM300 juta untuk menyokong PKS dengan potensi menjadi jaguh serantau-Kemudahan jaminanan RM500 juta khusus untuk usahawan wanita melalui SJPP.

-Penambahbaikan Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) melalui peningkatan jaminan Kerajaan ke 80% dengan pengurangan yuran jaminan 0.75%.

RM10 juta untuk memberi tumpuan kepada khidmat nasihat dan kesedaran industri halal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

-Boleh ditebus melalui e-Dompet dan digunakan bermula 1 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020.

-Rangsangan digital secara bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100ribu.

-Mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan,  kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM20 juta.

-RM10 juta disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.

-Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) adalah komitmen sektor perniagaan untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja dengan kemahiran digital untuk masyarakat yang memerlukan. Sumbangan sektor swasta dalam aktiviti DSR akan diberikan potongan cukai.

Peruntukan RM20 juta untuk e-sukan dalam mengiktiraf lapangan itu.

-RM20 juta disediakan untuk Cradle Fund untuk melatih dan memberi geran kepada usahawan teknologi berimpak tinggi.

-14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti akan ditubuhkan di setiap negeri untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.

-Geran padanan Automasi Pintar (sehingga RM2 juta) kepada 1000 syarikat pembuatan dan 1000 syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan.

-Geran padanan 50%  berjumlah sehingga RM5 ribu untuk meningkatkan pendigitalan operasi syarikat kecil dan sederhana Malaysia.

Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.

-Peruntukan RM20 juta kepada MDEC untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital.

-Dana geran padanan RM25 juta untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital yang memanfaatkan infrastruktur gentian optik dan 5G.

-Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.

-Peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

- SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit untuk meningkatkan kesalinghubungan  di kawasan pedalaman Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak.

-Kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan NFCP sepanjang tempoh 5 tahun.

-Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) telah berjaya mengurangkan harga jalur lebar sebanyak 49% dan mempercepatkan kelajuan jalur lebar 3x ganda.

Peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

-Kerajaan juga ingin mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Thailand melalui pembangunan hab logistik di kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam seluas 100 ekar.

-Kerajaan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk pembangunan Pulau Carey bagi fasa pertumbuhan seterusnya untuk menjadikan Pelabuhan Klang pusat maritim serantau dan hab logistik kargo.

-Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan.

-Kerajaan juga akan menawarkan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat tempatan yang berupaya menebus pasaran dunia.

-Kerajaan juga akan menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun untuk menarik syarikat Fortune 500 dan 'global unicorns' dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu.

Kerajaan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk pembangunan Pulau Carey bagi fasa pertumbuhan seterusnya untuk menjadikan Pelabuhan Klang pusat maritim serantau dan hab logistik kargo.

-Kerajaan telah  menubuhkan Jawatankuasa >>Nasional Mengenai Pelaburan (NCI), yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

-FDI yang diluluskan telah meningkat 47% kepada RM80.1 bilion pada 2018 berbanding dengan RM54.4 bilion pada 2017.- "Perang perdagangan yang berlarutan mewujudkan peluang yang unik untuk Malaysia kembali menjadi destinasi pilihan utama bagi FDI yang mempunyai nilai tambah tinggi".

-Teras Keempat #Belanjawan2020 Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam.

-Teras Ketiga #Belanjawan2020: Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama.

-Teras Kedua #Belanjawan2020: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.

Belanjawan 2020 berhasrat memacu ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital.

-Teras Pertama #Belanjawan2020: Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital.

-Imbangan pembayaran Malaysia kekal positif, dengan lebihan akaun semasa RM43.4 bilion dan rizab antarabangsa RM431.3 bilion.

-Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan KDNK dalam separuh tahun pertama 2019 4.7%, dengan pertumbuhan 4.9% dalam suku kedua.

-Kerajaan berjaya mengawal inflasi pada 0.2% dalam tempoh separuh pertama 2019, berbanding 1% pada 2018 dan 3.7% pada 2017.

-Kadar inflasi 2019 dijangka pada 0.9%.

-Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST.

-Malaysia merekodkan imbangan perdagangan berjumlah RM92.5 bilion dari Jan-Ogos 2019.

Artikel Lain