Harga minyak RON97 turun 19 sen - Semasa | mStar

Harga minyak RON97 turun 19 sen

Harga RON97 turun 19 sen, manakal RON95 dan diesel masih kekal.

HARGA runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 19 sen, manakala RON95 dan diesel tidak berubah.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 menurun  kepada RM2.60 seliter mulai Sabtu (5 Oktober) hingga 11 Oktober.

Walau bagaimanapun, harga RON95 dan diesel kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian juga menyatakan bahawa anggaran subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan di antara 5 hingga 11 Oktober  ialah kira-kira RM101.52 juta.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).

Di bawah sistem ini, harga bahan api mingguan diumumkan setiap hari Jumaat dan berkuat kuasa selama seminggu.

Harga Minyak , Diesel , RON96 , RON97

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain