Tampil kelainan menerusi lagu 'Aktif Negaraku', Jac percaya mampu suntik inspirasi ke arah gaya hidup sihat - Semasa | mStar

Tampil kelainan menerusi lagu 'Aktif Negaraku', Jac percaya mampu suntik inspirasi ke arah gaya hidup sihat

Jaclyn turut bersama melakukan aksi regangan menerusi lagi 'Aktif Negaraku'.

SERING dipilih untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik, Jaclyn Victor akui ia bukan sesuatu yang mudah, selain dianggap penghormatan buat dirinya.

Baru-baru selebriti dengan nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor membuat kemunculan khas dengan menyampaikan lagu baharu berjudul Aktif Negaraku pada majlis pelancaran Jom Aktif Negaraku yang berlangsung di Spacerubix pada 12 September lalu.

Menurut penyanyi terkenal tanah air berusia 41 tahun itu, lagu tersebut diperkenalkan bagi menyuntik inspirasi agar rakyat bersatu ke arah gaya hidup aktif.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor Buat Persembahan Ketika Luka Bersalin Belum Sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor Tidak Pernah Jemu Nyanyi 'Gemilang'

Malah sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata, Jaclyn yang mesra disapa Jac percaya adalah penting untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak akan perlu mengamalkan gaya hidup sihat.


Jaclyn berkongsi mesej menerusi lagu berjudul 'Aktif Negaraku'.

"Saya sendiri seorang ibu serta wanita yang bekerja masih perlukan masa untuk melakukan senaman bukan hanya untuk menjaga badan serta penampilan tetapi ianya penting untuk kekal sihat.

"Dengan mengamalkan gaya hidup aktif mampu mengurangkan rasa stres dalam diri seseorang," jelasnya kepada mStar.

Jac turut berkongsi mesej yang ingin disampai menerusi lagu Aktif Negaraku di mana ia menggesa rakyat negara ini kekal aktif dengan membekalkan tenaga serta memberikan inspirasi untuk maju bersama sukan.

Walaupun berpengalaman menyampaikan lagu bertemakan patriotik, Jac mengakui adanya cabaran dalam menyampaikan karya berkenaan.

"Sebenarnya ada cabaran untuk lagu genre yang santai ini, terutamanya semasa menyanyikan di luar (outdoor) saya kena banyak bergerak. Jadi, agak penatlah kalau nak dibandingkan dengan rekod lagu dalam studio," katanya mengenai cabaran membawakan lagu itu.

Bagaimanapun, Jac berharap masyarakat mengambil mesej positif dari bait lirik lagu berjudul Aktif Negaraku yang di sampaikannya itu.

Jac yang sebelum ini turut diberi peluang untuk menyanyikan lagu bertemakan patriotik seperti Aku Negaraku, Harapan Bangsa serta Gemilang percaya tiada alasan untuknya tidak menerima tawaran menyanyikan lagu sebegini memandangkan ia sesuatu yang bagus.

Menariknya menerusi lagu tersebut, Jac dilihat turut melakukan beberapa aksi regangan bersama barisan penari dan sedikit sebanyak membezakan caranya untuk tampil kelainan dari lagu patriotik yang sebelum ini.

Jac (dua dari kanan) bersama Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Najib (lapan dari kiri); Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (tengah barisan belakang), Pengarah Sukan, Kokurikulum dan Seni Kementerian Pendidikan, Zainal Abas (sebelah kiri Shapawi); Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Berhad, Juan Aranols (11 dari kiri), Kumaran Nowuram, Executive Director, MILO® & Milks Business Unit Nestle Malaysia Berhad (12 dari kiri) serta beberapa atlet negara di majlis pelancaran Jom Aktif Negaraku baru-baru ini.

Lagu Aktif Negaraku boleh didapati di saluran YouTube serta di Spotify.

Misi membudayakan gaya hidup aktif menerusi program Aktif Negaraku ini diterajui oleh Milo selari dengan matlamat untuk menjadikan rakyat Malaysia aktif dan sihat dengan tenaga yang berkhasiat dan memberikan inspirasi untuk maju bersama sukan.

Selama lebih 60 tahun, Milo menyokong sepenuhnya pembabitan rakyat dalam sukan kerana percaya gaya hidup aktif dapat meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan fizikal, terutamanya apabila bimbingan dimulakan pada usia muda.

Malah, sukan adalah guru terbaik yang dapat memupuk nilai-nilai positif ke arah mencorak kehidupan yang lebih baik. Antara aktiviti yang diadakan menerusi misi ini adalah Champions Clinic, Activ Jam Senam Aerobik, Hidup Bola 2019 dan MSSM-Milo.

Aktif Negaraku , Jaclyn Victor , nyanyi

Artikel Sebelum

Bidaan nombor ALL 1 paling top!

Artikel Berikut

Jerebu: 250 buah sekolah di Perak ditutup

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain