suria

Penggali kubur jumpa bom

SEBUTIR bom ditemui di tanah perkuburan Ukay Perdana di Ampang, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata, penggali kubur itu menemui bom jenis motar sewaktu menggali kubur.

"Polis dimaklumkan mengenai penemuan itu pada kira-kira pukul 2.25 petang Selasa. Kita mengesahkan objek tersebut merupakan bom jenis motar berukuran 8.1 sentimeter dan memaklumkannya kepada unit pemusnah bom.

"Kawasan tersebut ditutup sementara atas keselamatan dan bom tersebut berjaya dimusnahkan pada kira-kira pukul 6.10 petang," katanya ketika dihubungi. - The Star

kubur, bom

Artikel Lain