suria

Bukit Aman sahkan Exco Perak Paul Yong akan didakwa kes rogol

Paul Yong.

EXCO Perak, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh.

"Saya mengesahkan bahawa beliau akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kes rogol.

"Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh pada Jumaat," kata Huzir ketika dihubungi pada Khamis. - The Star


Paul Yong, rogol

Artikel Lain