suria

Siasatan awal dapati mayat adalah Nora Anne - TKPN

Nora Anne.

SIASATAN awal polis menunjukkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui dekat anak sungai di Pantai Hills dekat Seremban, Negeri Sembilan adalah remaja perempuan, Nora Anne Quoirin yang hilang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis masih menunggu ibu bapa Nora Anne untuk mengenal pasti mayat itu sebelum membuat pengesahan secara rasmi.

"Di pihak kami, kami sangat yakin ia adalah dia," katanya kepada pemberita di balai polis Pantai. 

Beliau berkata, sekumpulan pendaki menemui mayat yang tidak berpakaian di anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari sebuah resort tempat penginapan Nora Anne, pada pukul 1.57 petang.

Katanya, mayat tersebut dibawa menggunakan helikopter kerana ia dijumpai di kawasan yang curam.

"Kita telah menghantar mayat ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat," katanya.

Ditanya sama ada terdapat sebarang kecederaan yang dikesan pada badan, Mazlan berkata, ia masih belum dapat disahkan.

Beliau berkata, terlalu awal untuk menentukan berapa hari mangsa telah meninggal atau punca kematian. - The Star

Nora Anne

Artikel Sebelum

Sah! Mayat Nora Anne

Artikel Berikut

Artikel Lain